KL CHRONICLE: Dr. Mahathir lebih elok selamatkan Parti Bunga dari mahu "Selamatkan" Malaysia #Negaraku #Malaysia #YP

Friday, November 17, 2017

Dr. Mahathir lebih elok selamatkan Parti Bunga dari mahu "Selamatkan" Malaysia #Negaraku #Malaysia #YP


1. Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad selama ini sibuk berkempen ke seluruh negara konon nya beliau mahu "menyelamatkan" Malaysia dari pentadbiran Barisan Nasional. Salah satu alasan yang digunakan oleh beliau adalah bahawa Pakatan Harapan merupakan satu alternatif yang konon nya lebih baik dari Barisan Nasional dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 



2. Namun apa yang lucu nya mengenai kenyataan Dr. Mahathir ini adalah beliau konon nya mahu "menyelamatkan" Malaysia tetapi dalam masa yang sama parti beliau, iaitu Parti Bunga sebenarnya tunggang langgang. Ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila walaupun sudah satu tahun PPBM ditubuhkan, sehingga hari ini mereka tidak lagi dan gagal mengadakan mesyuarat cawangan!


3. Alasan yang diberikan oleh Dr. Mahathir adalah bahawa cawangan dan bahagian PPBM masih tidak mempunyai struktur organisasi yang membolehkan mesyuarat diadakan dan kepimpinan akar umbi yang tidak tersusun. Lebih pelik lagi, sehingga hari ini PPBM langsung tidak mengumumkan jumlah ahli akar umbi yang mereka ada. Kalau ahli dah ramai kenapa tidak mahu umum jumlah ahli?

4. Konklusinya, bagi kami di #KLChronicle, dari Dr. Mahathir Mohamad mahu menyelamatkan Malaysia, lebih elok dia selamatkan parti dia dahulu. Silap - silap mahu bertanding PRU - 14 nanti guna logo parti sendiri pun tidak boleh apabila pendaftaran parti dibatalkan oleh ROS kerana tidak ikut perlembagaan. Tetapi takpa, memandangkan Dr. Mahathir dan mula berkawan baik dengan DAP, dia boleh bertanding pada PRU - 14 nanti guna logo DAP, mesti ramai orang Cina yang menyokong Dr. Mahathir supaya Melayu boleh "screw" Melayu. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget