KL CHRONICLE: @weekasiongmp : @DAPMalaysia ada penyakit "Denial Syndrome" #Bajet2018 #Negaraku #Malaysia

Tuesday, October 31, 2017

@weekasiongmp : @DAPMalaysia ada penyakit "Denial Syndrome" #Bajet2018 #Negaraku #Malaysia



Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini membidas parti Cina Chauvinis DAP, terutamanya Lim Guan Eng dan melabel mereka sebagai sebuah parti yang sedang dijangkiti penyakit "Denial Syndrome". Ini berikut tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab DAP dalam terus memperlekeh dan memperkecilkan usaha yang dilakukan MCA untuk memartabatkan serta membangunkan pendidikan Cina di negara ini. 

Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong;



“It is not rocket science to understand the approval process for the schools because Lim is already a ‘rocket chief minister’,”

“MCA worked hard for more than a year to make this a reality for the benefit of the Chinese community, and the DAP is trying to sabotage it,” 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan kurang ajar DAP yang cuba memperlekehkan usaha MCA membantu sekolah Cina adalah satu cubaan sabotaj yang sangat serius. Persoalanya adakah DAP sebenarnya tidak mahu MCA membantu sekolah Cina ? Jika Ya ini membuktikan parti DAP sebenarnya tidak berhati perut dan hanya mementingkan sokongan politik bagi parti mereka sahaja tetapi tidak masa depan anak Malaysia yang berbangsa Cina. 

Perlu diakui bahawa sudah banyak perkara yang dilakukan oleh MCA untuk masyarakat berbangsa Cina di negara ini. Antara contoh yang diberi oleh Datuk Seri Wee Ka Siong adalah sejak 17 tahun yang lalu, MCA telah membantu membina hampir 99 buah sekolah untuk masyarakat berbangsa Cina. 

Pembaca tahu berapa banyak sekolah yang telah dibina oleh DAP? KOSONG!

Malah, jangan kata sekolah, tadika pun DAP tidak boleh dan pernah bina!

Adakah masyarakat Cina masih mahu mengundi DAP para PRU yang akan datang? Elok lah mereka fikir betul - betul dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget