KL CHRONICLE: Tindakan pemimpin DAP menipu rakyat Malaysia akhirnya dibongkar SPAD #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #TolakPH

Monday, October 16, 2017

Tindakan pemimpin DAP menipu rakyat Malaysia akhirnya dibongkar SPAD #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #TolakPH

Berhentilah menipu rakyat Malaysia
Beberapa hari yang lepas, kami di #KLChronicle telah menerbitkan satu artikel yang bertajuk "DAP's leader half-truths and lies exposed!" dimana di dalam artikel tersebut kami menyangkal dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP Dr. Ong Kian Ming bahawa jumlah pengguna perkhidmatan awam negara semakin berkurang walaupun kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengangkutan awam darat negara sejajar dengan negara - negara maju yang lain di dunia. 



Hari ini, kami pergi a step further membongkar penipuan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini dengan mengeluarkan data rasmi dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Melalui data yang ditunjukkan dibawah, terbukti bahawa jumlah pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat telah meningkat sebanyak 30%!. Ini merupakan data rasmi jadi apa yang dikatakan oleh Dr. Ong Kian Ming akhirnya terbukti merupakan satu penipuan dan fitnah jijik terhadap kerajaan Barisan Nasional!


Persoalanya sekarang, mengapa pemimpin DAP seperti Dr. Ong Kian Ming menyerang projek - projek pengangkutan awam darat yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional?

Bagi kami jawapan-nya adalah mudah iaitu apabila kerajaan membelanjakan sesuatu untuk kebaikan rakyat, DAP akan protes dan membantah kerana setiap kebaikan yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat akan mengurangkan sokongan rakyat terhadap DAP. Adakah pembangkang haprak seperti ini yang kita mahukan mentadbir negara pada masa akan datang? Spesis pembangkang yang hanya mementingkan sokongan politik tetapi tidak memikirkan kemajuan negara.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan SPAD yang proaktif dan bersikap terbuka dalam berkongsi data ini dengan pihak media. Ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa usaha SPAD selama ini dalam merancak serta meningkatkan jumlah "ridership" pengangkutan awam darat di Malaysia sudah membuahkan hasil yang memberangsangkan. 

Tahniah!

KENYATAAN MEDIA SPAD




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget