KL CHRONICLE: Tan Sri Annuar Musa dedah cita - cita besar Lim Kit Siang #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #TolakPH

Sunday, October 15, 2017

Tan Sri Annuar Musa dedah cita - cita besar Lim Kit Siang #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #TolakPH


Ahli Parlimen Ketereh, merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM) dalam siri jelajah beliau ke seluruh negara dalam program Perjuangan for All mendedahkan wujudnya agenda terancang dalam parti Cina Chuavinis DAP untuk meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri jika mereka menang pada Pilhan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Analisis ini berdasarkan kekuatan DAP sekarang dimana Pakatan Harapan (PH) merupakan satu DAP - led coalition dimana DAP merupakan absolute power didalam PH dan parti lain hanyalah sub-component kepada DAP. 



Malah analisis Tan Sri Annuar Musa juga akhirnya tepat apabila dua orang pemimpin kanan DAP iaitu Zaid Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkah bahawa DAP melihat Lim Kit Siang sebagai calon yang paling layak memegang jawatan Perdana Menteri jika DAP led Pakatan Harapan menang pada PRU yang akan datang. Malah apabila disoal oleh wartawan, Zaid Ibrahim dengan jelas mengatakan:

Beliau (Zaid) yakin Lim akan menjadi perdana menteri yang lebih baik berbanding sesiapa saja dalam Umno

Malah, bukan sahaja Zaid Ibrahim, P. Ramasamy juga cuba memberi justifikasi mengapa Lim Kit Siang lebih sesuai menjadi Perdana Menteri apabila beliau mengatakan:


Daripada semua pemimpin parti politik, orang yang paling bersikap rendah diri ialah Kit Siang, beliau adalah calon utama perlu dipertimbangkan untuk jawatan nombor satu negara ini, sama ada beliau mahu atau tidak memegang jawatan tersebut, ia perkara yang berbeza
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kit-siang-paling-layak-jadi-pm-8211-ramasamy-1.536741

Dua kenyataan diatas dari pemimpin Utama DAP membuktikan dengan jelas bahawa mereka (DAP) memang bercita - cita mahu meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri, mungkin ianya bukan Lim Kit Siang tetapi sudah semestinya satu boneka yang boleh di "control" dari belakang tabir seperti yang mereka lakukan di Perak pada suatu ketika dahulu.



Persoalanya sekarang, adakah kita mahukan negara kita ditadbir oleh DAP led Pakatan Harapan dimana kita tahu puak - puak ini akan terus memperjuangkan agenda mereka yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti LBGT, OktoberFest, tamatkan RUU355 dan sebagainya?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget