KL CHRONICLE: SPAD beri peringatan keras kepada pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat #Negaraku #Malaysia #Deepavali

Saturday, October 14, 2017

SPAD beri peringatan keras kepada pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat #Negaraku #Malaysia #Deepavali


Sebentar tadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana SPAD mengingatkan pengendali syarikat pengangkutan awam darat supaya mematuhi undang - undang semasa musim perayaan Deepavali. Peringatan ini dikeluarkan sebagai satu inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang diberi perhatian serius oleh syarikat pengendali. 



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proakfit yang diambil SPAD ini wajar diberi pujian yang sepatutnya. Malah bagi memastikan segala operasi pengangkutan awam oleh pengendali berjalan mengikut lunas undang - undang yang ditetapkan, SPAD juga akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sejajar dengan perayaan Deepavali yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. 

Sebagai rakyat, ini yang kita mahukan dimana badan penguatkuasa memainkan peranan yang efekif dalam melakukan penguatkuasaan. Penguatkuasaan yang efektif yang dilakukan oleh pihak berkuasa sudah semestinya memberikan keyakinan kepada rakyat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dimana rakyat akan yakin bahawa pengangkutan awam adalah selamat untuk digunakan. 

Kenyataan media penuh oleh SPAD adalah seperti dibawah:





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget