KL CHRONICLE: Lim Kit Siang sekali lagi cuba menipu orang Melayu Islam, dia ingat kita bodoh ke? #Negaraku #Malaysia #TolakPH #KekalNajib #YP

Wednesday, October 18, 2017

Lim Kit Siang sekali lagi cuba menipu orang Melayu Islam, dia ingat kita bodoh ke? #Negaraku #Malaysia #TolakPH #KekalNajib #YP


Semalam, diktator Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang mengeluarkan satu kenyataan yang lucu apabila beliau dengan langsung tidak rasa malu mengatakan bahawa konon-nya DAP led Pakatan Harapan (PH) akan menjaga Agama Islam jika mereka berkuasa/ menjadi kerajaan.  Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu contoh lagi bagaimana diktator seperti Lim Kit Siang menganggap kita orang Melayu Islam sebagai sebuah masyarakat yang bodoh di negara ini. 

DAP ketua dalam Pakatan Harapan, kerusi Parlimen dan DUN yang paling tinggi
Kami tidak mahu menulis panjang namun cukup kami memberi fokus kepada contoh yang diberi oleh Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia iaitu Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebab mengapa kami ingin memetik kata - kata TSAM adalah kerana apa yang diperkatakan oleh beliau sangat tepat dalam senario politik semasa tanah air dimana PH kini didominasi oleh DAP melalui jumlah kerusi Parlimen yang mereka ada sekarang iaitu 37 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN. 

Contoh yang diberi oleh TSAM adalah dua; iaitu isu Rang Undang - Undang (RUU 355) dan Isu OktoberFest Beer Festival 2017.

BANTAHAN TERHADAP RUU355


Umum ketahui bahawa DAP merupakan parti yang paling vokal dalam membantah RUU355 yang dibentangkan di Parlimen beberapa bulan lepas. Bantahan ini dibawa oleh diktator mereka Lim Kit Siang yang dengan nyata dan terang tidak mahu RUU355 ini berjaya kerana konon ianya mencampuri hak serta urusan kehidupan orang bukan Islam. Ini merupakan satu penipuan yang maha dasyat oleh pihak DAP. 



Tahukah pembaca bahawa RUU355 ini Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 hanya untuk individu yang beragama Islam dimana ianya adalah untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. Mahkamah Syariah ini hanya diguna pakai oleh umat Islam sahaja. Oleh itu boleh kah kita percaya kata diktator DAP Lim Kit Siang bahawa mereka akan menjaga dan mempertahankan Agama Islam? 

Sudah semestinya TIDAK!




SOKONGAN DAP TERHADAP PESTA ARAK OKTOBERFEST

Isu oktoberfest ini mudah. Kerajaan Persekutan Barisan Nasional membantah penganjuran Pesta Arak kerana atas faktor keselamatan serta kerajaan berpendapat jika ada orang bukan Islam yang mahu minum minuman keras, aktiviti ini boleh dilakukan di kediaman masing - masing dan tidak perlu satu pesta yang besar untuk menyambut Pesta Arak ini, yang hanya merupakan budaya orang Bavarian, Jerman. 


Namun pihak DAP, menggunakan kuasa mutlak mereka di Selangor telah menggunakan kerajaan negeri untuk memberi kelulusan Pesta Arak ini melalui Majlis Perbandaran Klang. Undian yang dilakukan menunjukkan semua Ahli Majlis dari DAP malah PKR setuju untuk mengadakan Pesta Arak ini. Lagi sekali kami ingin bertanya, boleh kah kita percaya kata diktator DAP Lim Kit Siang bahawa mereka akan menjaga dan mempertahankan Agama Islam? 


Sudah semestinya TIDAK!

Ada lagi orang Melayu Islam yang ingin menyokong Pakatan Harapan yang sudah terang lagi bersuluh ketua mutlak mereka adalah DAP?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget