KL CHRONICLE: Jangan tertipu dengan janji kosong Pakatan Harapan #Negaraku #Malaysia #MCA

Sunday, October 22, 2017

Jangan tertipu dengan janji kosong Pakatan Harapan #Negaraku #Malaysia #MCA


Pihak pembangkang terutamanya Diktator DAP Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng memang suka untuk memberi janji - janji palsu kepada rakyat di negara ini. Baru - baru ini mereka sekali lagi memberikan janji palsu dengan mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan Goods and Services Tax (GST)  jika mereka menang pada PRU - 14 yang akan datang. 



Kami di #KLChronicle pernah mengulas tentang perkara ini beberapa ketika dahulu namun kali ini kami ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai. Memetik kata - kata beliau:
"Malaysians should not take Pakatan Hara­pan’s promise to abolish the Goods and Services Tax (GST) too seriously, 
“They do not have better alternative policies or a better tax system to replace the current mechanism.
“Those pledges are just empty promises,”

Suka kami merujuk kepada keywords yang dikatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai iaitu yang pertama, jangan ambil serius janji Pakatan Harapan. Ini memang benar kerana Pakatan Harapan, terutamanya anak kepada Diktator DAP Lim Kit Siang memang terkenal dengan sikap menipu beliau, terutamanya jika ianya janji - janji Pilihanraya. Kami tidak mahu bercerita banyak tetapi lihat sahaja gambar - gambar berikut:

Caj air sudah naik berkali-kali, dahulu janji tiada kenaikkan

Lagi satu penipuan DAP dan Lim Guan Eng

Point kedua dari Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah PH tidak ada mekanisma alternatif yang lebih baik untuk mengutip cukai dan menambah pendapatan kerajaan. Ini juga betul. Tahukah pembaca bahawa sejak harga minyak dunia menjunam, pendapatan negara sudah terjejas teruk dan cukai GST merupakan salah satu cara untuk kerajaan memastikan pendapatan negara mencukupi supaya program serta projek - projek pro - Rakyat dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.  GST menyumbang hampir RM 40 billion, jika GST dimansuhkan mana pembangkang hendak mencari duit untuk mentadbir negara?

Dengan dua point sahaja diatas, sudah terbukti DAP serta Pakatan Harapan tidak kompeten dan mampu mentadbir negara dengan baik. Mereka lebih sibuk berpolitik tetapi lagsung tidak memberi perhatian kepada pembangunan negara. Adalah pembangkang seperti ini yang kita mahukan sebagai kerajaan?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget