KL CHRONICLE: Syabas Azmin, akhirnya pesta arak akan diadakan di Selangor #Negaraku #Malaysia

Monday, September 25, 2017

Syabas Azmin, akhirnya pesta arak akan diadakan di Selangor #Negaraku #Malaysia


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali kerana membenarkan pesta arak Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor Darul Ehsan. Syabas juga secara keseluruhanya kepada kerajaan negeri yang diwakili oleh ADUN  - ADUN PAS kerana bersekongkol dengan Menteri Besar untuk mengadakan satu program yang dengan jelas dan terang salah disisi agama Islam.



Persoalanya sekarang, adakah keputusan yang diambil oleh Azmin Ali untuk mengadakan pesta arak di Selangor telah dibincang dikalangan Exco - Exco kerajaan negeri atau pun keputusan yang diambil adalah keputusan "unilateral" dimana Azmin, tanpa berbincang dengan sesiapa memberikan kebenaran untuk pesta Arak diadakan? Jika keputusan unilateral dilakukan, makna nya Azmin Ali langsung tidak hormat kepada ADUN - ADUN PAS Selangor. 

Ini juga secara langsung membuktikan bahawa yang sebenarnya berkuasa di Selangor adalah DAP dan Azmin Ali cuma "pak turut" sahaja. DAP yang beriya - iya mahukan pesta Arak ini diadakan dan nampaknya Azmin Ali terpaksa mengikut kehendak DAP sekali lagi. Pemimpin seperti inikah yang kita mahukan untuk memertabatkan Agama Islam di negara kita?

Tahniah penduduk Selangor, Menteri Besar anda memang "hebat"!


1 comment:

Anonymous said...

Hidup Selangor Darul Pluralisma. ... agama di lacurkan... arak di raikan... rumah urut diutamakan..

HIDUP SELANGOR DARUL PLURSLIST... TAHNIAH RAKYAT SELANGOR...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget