KL CHRONICLE: RCI FOREX : MAHATHIR, ANWAR & RANGKAIAN PENIPUAN LAPORAN BNM 1993

Saturday, September 9, 2017

RCI FOREX : MAHATHIR, ANWAR & RANGKAIAN PENIPUAN LAPORAN BNM 1993


Antara kehebatan Mahafiraun dulu-dulu ialah Laporan Audit BNM 1993 pun boleh kawtim untuk hanya merekodkan kerugian RM5.7b sedangkan kerugian tahun 1993 ialah RM15.2b.




Setidaknya arwah Tan Sri Jaafar bekas Gabenor BNM bermaruah dia mengaku salah dan letak jawatan. Tapi Nor Yakcub gi Mun Long dan kemudiannya jadi lagi penasihat ekonomi Mahathir. 

Lim Kit Siang kata kecurangan dalam perakaunan. Manipulasi kunci kira-kira 1993 menyembunyikan kerugian RM5.7b sebagai satu butiran aset dibawah perbelanjaan tertangguh.

Anwar pula 1994 kata semua ok. Mengaku silap dan kononnya lebih terbuka. malah menyindir Daim bekas menteri yang menegur urus niaga forex ketika itu. http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-12041994.pdf

Tan Sri Sherif bekas KSU MOF kata rizab BNM digunakan sehingga tak cukup tampung kerugian. Dari RM9b sehinggalah diberitahu RM15.2b. Sebagai KSU ketika itu beliau melaporkan Tan Sri Jaffar Hussien telah 'kawtim' dengan ketua audit negara ketika itu, Tan Sri Ishak Tadin "membuat tindakan ‘accounting treatment’ dengan memindahkan kepada ‘other reserves’. Kaedah "treatment of the forex losses” akaun BNM ini dipersetujui oleh Ketua Audit Negara. Alasannya sebagai tujuan membuat “penyelarasan" dalam buku akaunnya kononnya untuk melindungi bank dan mengelak implikasi merbahaya kepada ekonomi dan ringgit.

“Kerana itulah hanya RM9.3 bilion yang ditanggung rizab dan RM5.7 bilion lagi diletakkan di bawah perbelanjaan tangguhan. RM9.3 bilion tidak dinyatakan (sebagai kerugian)," jelas Sheriff menjawab pertanyaan salah seorang panel Datuk Kamaludin Said yang ingin tahu samada beliau tahu jumlah kerugian sebenar.

Bagaimanapun sesuatu yang mengejutkan Tan Sri Sheriff & MOF menerima surat bertarikh 16 Mac 1994 menyatakan jumlah kerugian RM5.7 bilion dan surat lain dari Ketua Audit Negara memaklumkan tentang kerugian RM15.29 bilion. Wajar surat kerugian Ketua Audit Negara itu didedahkan! 

Tan Sri Clifford ketika jumpa Mahathir pun Mahathir kata tak apa rugi dan untung perkara biasa. 

Anwar pula lidah bercabang. 1994 dia memuji melambung kerajaan selaku Menteri kewangan. Namun ketika jadi Ketua Pembangkang pada tahun 2012 di Dewan Rakyat Anwar bukan main lantang menyebut nama Mahathir, Daim, Nor Yakcub sebagai punca urusniaga Forex.

Amat malang tahun 2017 ketika prosiding RCI Anwar kelu lidah dan membaca skrip Laporan Audit BNM 1993. Tk berani lagi sebagaimana pada tahun 2012 di parlimen menyalahkan Mahathir, Daim dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcub. 

Apa yang pasti banyak Bekas Gabenor seperti Zeti mengesahkan kerugian 1988 -1994 sebanyak RM32b. 

Soalan Pengerusi RCI yang paling maut mengunci mulut Anwar ialah;

“Soalan saya macam mana dengan pengolahan kerugian itu dilakukan. Anda tahu tentangnya tetapi tidak laporkan kepada Kabinet?,” 

Jadi apa yang macai bunga banggakan dengan Laporan BNM 1993 atau Ketua Audit Negara jika MOF juga pernah menerima surat menyatakan kerugian RM15.29 bilion? 

Nampaknya kesatuan penipuan dari pegawai BNM, Anwar hingga Mahathir. Mereka sudah bersiap sedia dengan satu jawapan! iaitu;

"Arwah Tan Sri Jaafar bekas Gabenor BNM yang salah!" . Inilah Skripnya.

Paling malang! Mahathir bekas PM paling diktator dan mahafiraun kata "saya tidak tahu semua ini". hahahaha

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget