KL CHRONICLE: Pakatan Harapan tiada harapan kuasai kerajaan Malaysia #Negaraku #Malaysia #MCA

Sunday, September 10, 2017

Pakatan Harapan tiada harapan kuasai kerajaan Malaysia #Negaraku #Malaysia #MCA


Sebentar tadi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau dengan tegas mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) "has zero chance of becoming ruling government" iaitu dalam terjemahan Bahasa Melayu nya adalah PH langsung tiada harapan menguasai kerajaan Malaysia. Ini kerana, menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, PH tidak mempunyai agenda yang sama diantara semua parti PH iaitu DAP, PKR, PAN dan Parti Bunga. 





Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ada benarnya. Ini kerana jika dilihat dari gerakan parti - parti pembangkang menjelang PRU - 14 yang akan datang, mereka masing - masing bergaduh dan memaki - hamun antara satu sama lain. Didalam PKR, umum ketahui bahawa kini terdapat dua kem iaitu Kem Wan Azizah dan Kem Azmin Ali dan antara penghasut utama dalam PKR adalah Rafizi Ramli.


Bagi DAP pula, masyarakat Cina juga sudah menyampah dan meluat dengan sikap pemimpin mereka yang hipokrit dan dilihat hanya sibuk berpolitik tanpa berkhidmat untuk rakyat. Malah, di Gelang Patah juga masyarakat disana sudah tidak tahan lagi dengan "kehilangan" Lim Kit Siang sehingga mereka meletakkan banner di sekitar kawasan Gelang Patah mencari Ahli Parlimen mereka. 


Malangnya bagi warga Gelang Patah, Kit Siang bukan sahaja telah memperbodohkan mereka malah Kit Siang dengan selamba kini cabut ke Pulau Pinang dan dikatakan akan bertanding di Tanjong, Pulau Pinang pada PRU - 14 yang akan datang. Kesian orang Gelang Patah diperbodohkan oleh Ketua Umum DAP ini. Adakah masyarakat Cina mahu kena tipu dengan Kit Siang sekali lagi?


Bagi MCA pula, mereka tetap komited dan konsisten membantu masyarakat Cina di negara ini. Walaupun tewas teruk kepada DAP pada PRU - 13 yang lalu, MCA tetap bekerja berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin termasuk juga parti - parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. 

Persoalanya sekarang, sanggupkah rakyat Malaysia ditipu sekali lagi oleh pihak pembangkang?  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget