KL CHRONICLE: Mahu Halang UBER & Grabcar tindakan bodoh dari DAP #SPAD #Negaraku #Malaysia

Friday, September 22, 2017

Mahu Halang UBER & Grabcar tindakan bodoh dari DAP #SPAD #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini, pemimpin pembangkang dari DAP seperti Liew Chin Tong mahu kerajaan menghalang syarikat e-hailing seperti Uber dan Grabcar dari beroperasi di Malaysia. Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan pemimpin - pemimpin DAP ini merupakan satu kenyataan yang bodoh dimana ini membuktikan pemimpin DAP tidak melihat "in the bigger picture" bagaimana perkhidmatan e-hailing ini boleh membantu rakyat Malaysia menjana lebihan pendapatan. 



Malah, Liew Chin Tong dilihat cuba menangguk di air keruh apabila mengatakan keputusan kerajaan untuk memberi lesen kepada Uber beroperasi adalah kerana ada segelintir kakitangan kerajaan telah menerima suapan dari syarikat gergasi Amerika tersebut. Ini juga merupakan satu kenyataan yang dangkal dari DAP dengan niat untuk memburukkan imej kerajaan Malaysia. 

Untuk pengetahuan pembaca, adalah penting dan wajar kerajaan membenarkan Uber dan Grab beroperasi di Malaysia. Ini kerana kerajaan sedar bahawa zaman monopoli teksi sudah berakhir dan kini ianya lebih kepada "open market" dimana market forces yang menentukan harga - harga pasaran dan sudah semestinya harga yang rendah bagi pengguna adalah suatu perkara yang baik.

Selain itu, dengan memberi lesan kepada Grab dan Uber, kerajaan juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat bagi meraih pendapatan yang lebih. Ini sudah semestinya amat disukai oleh rakyat. Oleh itu, kenapa DAP mahu menabur pasir didalam periuk nasi rakyat di negara ini?

Ada lagi pihak yang mahu menyokong DAP pada PRU yang akan datang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget