KL CHRONICLE: Che Det sahkan mungkin Anwar Ibrahim tidak akan jadi Perdana Menteri #Negaraku #Malaysia #YP

Saturday, September 9, 2017

Che Det sahkan mungkin Anwar Ibrahim tidak akan jadi Perdana Menteri #Negaraku #Malaysia #YP



Top Dog Pakatan Harapan (PH), Che Det hari ini mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim BUKAN merupakan calon Perdana Menteri PH jika pakatan pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU - 14) yang akan diadakan tidak lama lagi.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Che Det berkata PH bukan sahaja mempunyai satu calon Perdana Menteri tetapi "beberapa" calon. Namun siapakah calon - calon yang dimaksudkan ini tidak dikongsi dengan rakyat di negara ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, antara calon yang kami rasakan dimaksudkan oleh Che Det selain Anwar sebagai De - Facto bakal Perdana Menteri adalah anak Che Det sendiri iaitu Mukhriz Mahathir. Umum ketahui bahawa apa yang penting bagi Che Det termasuk Lim Kit Siang adalah supaya legasi politik mereka dapat dikekalkan. 

Bagi memastikan ini berjaya, Lim Kit Siang berharap menaruh segala harapan kepada Lim Guan Eng manakala Che Det terhadap Mukhriz Mahathir. Namun sekali lagi malangnya Anwar Ibrahim dan keluarga beliau dikambing-hitamkan oleh Che Det seperti yang dilakukan pada tahun 1998 dahulu. 

Persoalanya sekarang, sebagai seorang ahli politik yang konon nya hebat, mengapa Anwar Ibrahim dan penyokong Reformasi beliau boleh sekali lagi ditipu oleh Dr. Mahathir?

Mungkin mereka ini terlalu bodoh gamaknya. 

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget