Friday, August 11, 2017

TSAM : PM @NajibRazak tidak perlu layan kerenah Dr. Mahathir #Negaraku #Malaysia #YP


Baru - baru ini, Parti Bunga pimpinan Dr. Mahathir telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan program Nothing to Hide 2.0 dimana agenda utama mereka adalah untuk ahli parti mereka menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tentang operasi syarikat 1MDB. Bagi kami di #KLChronicle, penganjuran  program Nothing to Hide 2.0 ini merupakan satu perkara yang membuang masa. 



Pertama sekali, memetik kata - kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan perkara remeh seperti program Nothing to Hide 2.0. Ini kerana Perdana Menteri mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan.

“Kerja cabar-mencabar ini, kalau parti A tak buat, parti B akan buat, tapi kerja perdana menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa nak buat.

“Kemudian rakyat yang terabai, jika perdana menteri fokus kepada kerjanya, rakyatlah akan dapat untung,” katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, jika Parti Bunga begitu taksub untuk mengetahui tentang segala operasi tentang 1MDB, mereka boleh melayari laman web 1MDB di : http://www.1mdb.com.my/ dimana di laman web ini ada segala koleksi kenyataan media yang dikeluarkan oleh 1MDB serta operasi perniagaan mereka. Selain itu, kami juga ingin bertanya kepada ahli - ahli Parti Bunga tidak kah mereka ingin tahu tentang kekayaan Dr. Mahathir?

Jangan lupa bahawa anak - anak Dr. Mahathir merupakan jutawan di negara ini. Lihat sahaja Mokhzani Mahathir yang merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia, Mirzan dan Mukhriz juga merupakan jutawan dalam industri telekomunikasi dan perkapalan suatu masa dahulu. Persoalanya, bagaimana anak - anak Mahathir boleh menjadi begitu kaya sekali?

Selain itu, program Nothing to hide 2.0 ini hanya merupakan satu gimik oleh pembangkang untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap permasalahan yang dihadapi mereka termasuk kini isu terbaru apabila anak Dr. Mahathir disiasat kerana tidak membayar cukai pendapatan. Apa punya jutawan cukai pun tidak boleh bayar walhal rakyat biasa seperti kita semua pun membayar cukai setiap tahun.

Ada ke sesiapa lagi yang hendak percaya Dr. Mahathir?

1 comment:

  1. komen aku..kalau ada telur datanglah

    ReplyDelete