KL CHRONICLE: Rakyat Negeri Sembilan mesti baca artikel ini, rugi kalau tak baca #SPAD #Negaraku #Malaysia

Monday, August 7, 2017

Rakyat Negeri Sembilan mesti baca artikel ini, rugi kalau tak baca #SPAD #Negaraku #Malaysia


Pertama sekali tahniah diucapkan kepada rakyat Negeri Sembilan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka (SPAD) penambahbaikkan laluan myBAS Seremban demi kesenangan warga Seremban dan kawasan sekitar. Penambahbaikkan ini adalah sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seir Haji Najib Bin Tun Abdul Razak melalui pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara.



Bagi kami di #KLChronicle, usaha Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional dalam memperkasakan pengangkutan awam darat kini sudah mula membuahkan hasil. Jika dulu pengangkutan awam darat tertentu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui bas Intrakota dan City Liner, kini dibawah YAB PM semua bandar - bandar utama disediakan pengangkutan awam yang berkualiti, selesa dan selamat. 

Contoh yang paling tepat adalah operasi perkhidmatan myBAS. Untuk pengetahuan pembaca, myBAS ini bukan sahaja ada di Seremban tetapi juga terdapat di Ipoh (Perak) dan Kangar (Perlis). Di negeri lain pula terdapat bas Rapid seperti Rapid Kuantan, Rapid KL dan Rapid Penang. Ini semua dibuat bagi kesenangan rakyat dan bukan diberi kepada kroni - kroni seperti pada masa dahulu.

Untuk pengetahuan pembaca lagi, myBAS ini merupakan inisiatif kerajaan dibawah SPAD. SPAD juga sudah memainkan peranan mereka dengan sangat baik dengan memastikan setiap bandar di negara ini mempunyai pengangkutan awam darat yang berkualiti, selesa dan selamat. Bukankah ini suatu perkara yang baik untuk rakyat?

Kembali kepada operasi myBAS Seremban, menyedari bahawa perkhidmatan ini popular dengan ramai rakyat di Seremban dan kawasan sekitar, SPAD telah mengumumkan beberapa laluan utama dan perantara yang baru. Maklumat berikut boleh dibaca dibawah:





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget