KL CHRONICLE: Kekecohan di program #Nothing2Hide , jangan salahkan UMNO! #Negaraku #Malaysia #YP

Wednesday, August 16, 2017

Kekecohan di program #Nothing2Hide , jangan salahkan UMNO! #Negaraku #Malaysia #YP


Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini membidas tindakan pihak pembangkang yang menyalahkan UMNO berikutan insiden kekecohan yang berlaku dalam program #Nothing2Hide anjuran Pemuda Parti Bunga yang diketuai oleh Syed Saddiq. Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa:


"Jangan cuba lempar tuduhan kepada Pemuda UMNO dan sebagainya seperti yang tersebar luas di media sosial.

"Itu perbuatan tidak bertanggungjawab dan sepatutnya biarlah kejadian itu disiasat dulu. Kita juga boleh kata kekecohan itu dirancang kerana nak timbulkan tuduhan (pada UMNO) dan sebagainya.

"Mereka tahu Nothing To Hide sebelum ini juga timbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman, jadi mengapa mesti nak ulang seolah-olah merancang nak timbulkan situasi yang berlaku hari ini," 




Bagi kami di #KLChronicle, adalah tidak masuk akal bagi puak - puak Parti Bunga menyalahkan UMNO dalam kekecohan yang berlaku. Ini kerana:

Yang anjur program, PPBM!
Yang jemput, PPBM!
Yang jadi 'security', budak PPBM! 
Yang tanya soalan Memali, Exco Armada PPBM, Taufiq Abbas!  
Yang jawab semua soalan, pengerusi PPBM! 
Yang baling kasut kepada Taufiq Abbas, geng PPBM! 
Yang baling kerusi, urusetia PPBM! 
Yang jerit-jerit suruh panggil polis, urusetia program PPBM, 
Yang bergaduh, kumpulan PPBM vs kumpulan PPBM! 
Yang kena angkut polis, budak suruhan PPBM!
Yang terbang, selipar!
Yang salah, tak lain tak bukan adalah UMNO! 
Yang kena tuduh oleh Azmin, Najib Razak! 


Mana ada logik akal yang mengatakan bahawa UMNO yang bertanggungjawab apabila program ini dan sekuriti program dikawal oleh Parti Bunga? Malah punca kekecohan berlaku pun sebab EXCO Armada Taufiq Abbas bertanyakan soalan insiden Memali kepada Top Dog Pakatan iaitu Dr. Mahathir. Namun malangnya soalan tidak dijawab malah kerusi pula yang dibaling ke arah Taufiq. 

Ini pun salah UMNO? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget