KL CHRONICLE: Analisis : Kecewa dengan DAP, masyarakat Cina mula kembali ke Barisan Nasional #Negaraku #Malaysia

Sunday, August 13, 2017

Analisis : Kecewa dengan DAP, masyarakat Cina mula kembali ke Barisan Nasional #Negaraku #Malaysia



Baru - baru ini negara dikejutkan dengan berita bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Phee ditahan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung surat yang dikeluarkan oleh pejabatnya melibatkan kilang penapis karbon haram di Penanti, Pulau Pinang yang telah beroperasi selama 15 tahun. 


Ini merupakan kes kedua salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan pemimpin DAP di Pulau Pinang. Pada tahun lepas, boss Phee Boon Poh iaitu Lim Guan Eng juga didakwa di mahkamah atas dua tuduhan salah guna kuasa dan kes ini masih berjalan walaupun terdapat cubaan oleh pihak Lim Guan Eng untuk menangguhkan kes ini sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Menyedari bahawa pemimpin DAP kini sudah tidak mempunyai tahap integriti yang tinggi, kami difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai bahawa masyarakat Cina kini sudah mula kembali menyokong BN terutamanya MCA. 

Bagi masyarakat Cina, apabila mereka melakukan perbandingan antara DAP & MCA, MCA dilihat sebagai sebuah parti yang Competent, mempunyai Accountability dan juga Transparent dalam menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Malah sehingga hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin MCA didakwa mahupun ditangkap SPRM kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, pemimpin MCA juga telah membuktikan bahawa mereka tetap konsisten membantu serta berkhidmat untuk rakyat bukan seperti pemimpin DAP yang lari dari kawasan Parlimen contohnya Lim Kit Siang yang lari dari Gelang Patah ke Pulau Pinang. Sudah semestinya sebab utama Lim Kit Siang cabut adalah kerana beliau tahu beliau tidak akan menang di Gelang Patah pada PRU akan datang ekoran prestasi buruk beliau dalam berkhidmat untuk rakyat disana.

Ini semua telah membuka mata masyarakat Cina dan kami harap sokongan masyarakat Cina akan terus kekal dan bertambah kepada BN. Ini kerana hanya BN yang mampu berkhidmat untuk rakyat bukan seperti DAP yang hanya tahu bermain politik semata - mata.

Setuju?

1 comment:

Tanah Melayu Kini said...

Cina2 yg tua shj yg akan kembali sokong kerajaan BN
Budak2 cina yg muda.. hmm sampai matilah tak akan..
Budak2 cina yg muda perasan tanah melayu ni diaorg yg punya..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget