KL CHRONICLE: Pemandu, Pengguna Uber & Grab ucap terima kasih kepada SPAD & PM @NajibRazak #Negaraku #Malaysia

Friday, July 28, 2017

Pemandu, Pengguna Uber & Grab ucap terima kasih kepada SPAD & PM @NajibRazak #Negaraku #Malaysia



Semalam satu detik bersejarah telah berlaku di Parlimen apabila pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri dan telah diluluskan di Dewan Rakyat merangkumi peruntukan untuk memberi kuasa kepada SPAD bagi mengawal selia perkhidmatan yang menggunakan aplikasi e- hailing.


Kami di #KLChronicle hari ini telah bergerak ke sekitar Kuala Lumpur untuk menemubual pemandu Uber dan Grab bagi mendapat maklumbalas mereka tentang kejayaan kerajaan BN meminda serta meluluskan APAD 2010. Rata - rata pemandu yang kami jumpa sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan kerana serius dan proaktif dalam membantu pemandu Uber dan Grab di negara ini. 

Ini kerana, ramai pemandu sedar bahawa setelah APAD 2010 ini dipinda, ianya akan memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan e-hailing mengguna pakai standard keselamatan dan perkhidmatan yang tertinggi, melalui pemeriksaan latar belakang mandatori oleh SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.Ini sekaligus akan mengelakkan perkara - perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Kepada pengguna Uber dan Grab yang kami jumpa, mereka juga berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Bagi mereka setelah APAD 2010 ini diluluskan, SPAD akan mempunyai kuasa memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan bagi perkhidmatan Uber dan Grab yang mana ianya sudah semestinya baik untuk pengguna.

Konklusinya,  SPAD dan kerajaan BN telah membuktikan bahawa mereka "walk the talk" dalam menangani isu e-hailing dan kelulusan pindaan APAD 2010 adalah bukti bahawa perjuangan SPAD selama ini membuahkan hasil. Kepada pemandu dan pengguna perkhidmatan e-hailing ini, kerajaan BN mendengar denyut nadi dan pendapat anda. Kini tiba masanya anda pula menyokong kerajaan bagi memastikan negara terus membangun dan maju pada masa akan datang.

KENYATAAN PENUH SPAD: 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam.Pembentangan pindaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri yang telah diluluskan di Dewan Rakyat merangkumi peruntukan untuk memberi kuasa kepada SPAD bagi mengawal selia perkhidmatan yang menggunakan aplikasi e- hailing. 

Pindaan tersebut juga akan mempertingkatkan tahap industri teksi melalui pengenalan rangka kerja pengawalseliaan yang dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP).Pindaan kepada APAD ini adalah untuk memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan e-hailing mengguna pakai standard keselamatan dan perkhidmatan yang tertinggi, melaluipemeriksaan latar belakang mandatori oleh SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Ia juga akan memberikan Suruhanjaya kuasa untuk memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmatan e-hailing untuk menyerahkan kepada SPAD maklumat berkaitan data perjalanan dan kenderaan-kenderaan mereka yang akan digunakan bagi perancangan pengangkutan awam darat.

Sementara itu, tambang e-hailing tidak akan dikawal selia di bawah pindaan APAD dan akan ditentukan oleh kuasa pasaran. Manakala, pindaan ini juga akan memberikan pilihan kepada pemandu teksi bermeter untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui penggunaan harga tambang dinamik apabila mereka menggunakan aplikasi e-hailing, di samping mengambil penumpang di bahu jalan dengan menggunakan kadar tambang teksi bermeter.

Kelulusan pindaan ini membuktikan kepimpinan Kerajaan yang memahami bahawa sistem pengawalseliaan perlu berubah mengikut aliran masa unutk menggalakkan inovasi bagi meningkatkan pertumbuhan industri. Perubahan-perubahan ini adalah wajar dan akan berupaya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, pada masa yang sama perkembangan ini dapat menyediakan satu medan persaingan yang adil bagi industri teksi melalui penggunaan teknologi serta pendekatan yang lebih responsif kepada kuasa
pasaran. 

SPAD akan menggariskan butiran yang lebih lanjut mengenai pindaan APAD ini, serta impak perundangan terhadap industri teksi dan perkhidmatan e-hailing dalam jangka masa terdekat.

-Tamat-

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget