KL CHRONICLE: Menjelang PRU DAP semakin kelam kabut, MCA dilihat semakin kukuh #Negaraku #Malaysia

Sunday, July 9, 2017

Menjelang PRU DAP semakin kelam kabut, MCA dilihat semakin kukuh #Negaraku #Malaysia



Keadaan politik tanah air dilihat semakin menarik apabila parti komponen Barisan Nasional, MCA kini sudah mula diterima oleh masyarakat berbangsa Cina di negara ini selepas Lim Kit Siang melakukan kesalah paling besar dalam karier politik beliau dengan mengambil mantan Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad sebagai rakan didalam Pakatan pembangkang semata - mata untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak.



Kami di #KLChronicle telah bertemu beberapa orang ahli politik muda dari DAP dan mereka juga turut mengakui bahawa ahli akar umbi parti kecewa dengan sikap Lim Kit Siang yang dilihat tidak berprinsip sehingga seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi musuh no 1 DAP kini menjadi seorang "rakan" dalam pakatan pembangkang. Malah ada juga ahli akar umbi yang juga terkejut dengan U - turn yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. 




Bagi kami di #KLChronicle, sikap flip-flop Lim Kit Siang ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini kerana selepas Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua kesalahan rasuah, Lim Kit Siang dilihat semakin tidak terurus sehingga semua keputusan politik yang dilakukan oleh beliau "backfire" dan menyebabkan orang Cina bertambah benci terhadap DAP. 

Akibat terlalu sibuk berpolitik bagi menjaga serta melindungi karier politik Lim Guan Eng, DAP telah lupa untuk berkhidmat kepada rakyat. Akibat kelemahan DAP yang hanya tahu berpolitik tetapi tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat, terutamanya masyarakat Cina, mereka (masyarakat Cina) kini dilihat sudah kembali kepada MCA yang walaupun tewas teruk pada PRU yang lepas, tetap konsisten memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pihak. 

Bagi kami, masyarakat Cina perlu buat keputusan. Adakah anda ingin terus menyokong DAP yang hanya merupakan satu parti anak-beranak yang 24 jam berpolitik atau pun menyokong MCA, sebuah parti yang 24 jam berkhidmat untuk rakyat. Apa yang anda mahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget