KL CHRONICLE: Mana wakil masyarakat India dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang? #Negaraku #Malaysia #SayNoToRacism

Saturday, July 29, 2017

Mana wakil masyarakat India dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang? #Negaraku #Malaysia #SayNoToRacism


Akhirnya, pekung sebenar telah pecah. Kenapa nama Kit Siang tiada dalam carta Pakatan Harapan, hanya ada nama nama orang Melayu sahaja di atas. 

Ini adalah strategi sulit, DAP hanya mahukan undi orang Melayu sahaja. Oleh itu kena kelihatan nama Melayu di atas. Namun di Pulau Pinang, siapa sebenarnya yang jadi ketua dalam pembangkang telah terbongkar.

Pakatan Harapan Pulau Pinang telah mengumumkan Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri itu dengan pengerusinya adalah Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 



Daripada senarai berkenaan, lima daripada 11 anggota majlis berkenaan adalah ahli DAP. Bukti DAP yang mendominasi PH.

Struktur organisasi itu terdiri daripada empat timbalan pengerusi iaitu pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Pengerusi PAN negeri Datuk Mujahid Yusuf dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Marzuki Yahya.

Jawatan Setiausaha Majlis Kepimpinan PH negeri pula diisi oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Wong Hon Wai (DAP) manakala exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo (DAP) sebagai bendahari dan Dr Afif Bahardin (PKR) sebagai ketua penerangan. 

Dengan pengumuman secara rasmi itu, maka secara rasmi juga menunjukkan bahawa DAP adalah ketua sebenar dalam PH. Mahathir hanya menipu orang Melayu sahaja bila mendakwa dia adalah "top dog" dalam pembangkang. "Top Dog" yang sebenar adalah Kit Siang dan DAP, bukannya Mahathir. 

Struktur di Pulau Pinang itu adalah pelik kerana nama Wan Azizah Wan Ismail tidak tersenarai sedangkan beliau adalah Presiden PH dan Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. Kenapa Wan Azizah tidak diletak sebagai Penasihat di negerinya sendiri?

Atau nama Anwar sebagai Penasihat? Ini bukti DAP tidak mahu dinasihati oleh PKR lagi. DAP mahu buat apa yang dia suka bila sudah dapat kuasa.

Begitu juga dengan pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow. Sepatutnya beliaulah yang menjadi pengerusi PH di Pulau Pinang kerana menang undi terbanyak dalam pemilihan DAP negeri dan dipilih sebagai Pengerusi DAP Penang.

Guan Eng mana bertanding, hanya dilantik. Kalau ikut sistem demokrasi Guan Eng tidak layak. Malah kes rasuah Guan Eng belum selesai di mahkamah. Belum tentu Guan Eng boleh tanding PRU14 nanti.

Begitu juga dengan PPBM, hanya dilantik timbalan pengerusi sahaja sedangkan kalau ikut struktur PH, Mahathir adalah Pengerusi PH. Ini bukti bahawa DAP sebenarnya yang menentukan semua kedudukan PH di Pulau Pinang, bukannya Mahathir. 

Entah entah keputusan di Penang itu dibuat sendiri oleh DAP, Mahathir tidak ditanya dan dirujuk pun. 

Satu lagi nama yang tercicir ialah Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Kenapa namanya tiada dalam senarai? Beliau berada dalam kedudukan tinggi dalam pentadbiran negeri tetapi dalam struktur organisasi parti, namanya tercicir.

Dan kenapa struktur tersebut berbeza dengan PH pusat, yang mempunyai pengerusi, ketua umum, presiden, naib presiden dan ketua setiausaha? 

Hari pula, PH akan didaftarkan secara rasmi dengan RoS. Mana ada jawatan Ketua Umum dalam mana mana organisasi politik? Mana boleh orang yang masih duduk dalam penjara jadi penaja parti politik? Bertanding pun tidak boleh, hendak jadi penaja macam mana? 

Jika struktur berkenaan ditolak oleh jabatan berkenaan kerana tidak mengikut akta pematuhan sedia ada, sudah pasti RoS akan dituduh sengaja sabotaj PH. Sedangkan PH sendiri yang langgar peraturan bila masukkan Anwar sebagai nama dalam penaja parti. 

Bagaimanapun pula struktur organisasi PH di Selangor?. Mesti lagi pelik. Ini kerana, Azmin Ali masih mengiktiraf PAS dan Pakatan Rakyat. Ahli PAS masih lagi menjadi ahli exconya.

Adakah struktur baru organisasi akan dikenali sebagai PH atau PR? Pening macam ni. Berdegar-degar nak buat satu parti satu logo, tapi struktur organisasi berbeza antara negeri.

Itu belum masuk di Kelantan. PKR nak buat struktur macam mana pula tu? Sebenarnya banyak sangat yang nak jadi nakhoda dalam PH ini.

Begitu banyak kecelaruan dalam PH sekali gus menunjukkan PH tidak mampu meniru cara dengan Barisan Nasional (BN). BN yang ada 14 parti komponen lebih teratur dan disiplin berbanding PH.

BN jelas diterajui oleh UMNO yang ada 86 kerusi. Namun dalam PH, macam ada "hidden agenda" bila parti yang ada 36 kerusi tidak mahu dilihat secara jelas berada pada tiga kedudukan teratas PH di peringkat pusat. Akhirnya, di Pulau Pinang, segalanya terbongkar, wajah DAP sebagai ketua sebenar sudah kelihatan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget