KL CHRONICLE: Mahathir Akhirnya Terima Anwar Ibrahim Sebagai Calon Perdana Menteri #Negaraku #Malaysia

Friday, July 7, 2017

Mahathir Akhirnya Terima Anwar Ibrahim Sebagai Calon Perdana Menteri #Negaraku #Malaysia


6 Julai 2017, dalam temubual bersama The Guardian di London, Mahathir berkata "Sekiranya Anwar boleh terlibat dalam politik dan menjadi Perdana Menteri. Saya tidak ada bantahan terhadapnya". 




Akhirnya Mahathir setuju menjadikan Anwar yang pernah disebutnya sebagai peliwat dan perasuah serta dipenjarakannya pada 1998 sebagai Perdana Menteri. 

Mahathir berkata Anwar dibicarakan secara tidak adil oleh kerajaan sekarang. Jika kerajaan lain yang naik nanti, maka Anwar selayaknya diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara, kata Mahathir.

Masa Mahathir penjarakan Anwar dulu, alasan samalah yang digunakan oleh geng reformasi jalanan. Sekarang Mahathir pun dah telan balik ayat ayat geng reformasi ini dulu gunakan terhadapnya. "Mahafiruan" yang dulu sudah jadi "Wali" di sisi geng geng pembangkang. 

Inilah "U Turn" terbesar yang dibuat oleh Mahathir. Kali ini dari London, terhadap orang yang digelarnya bermacam macam gelaran sejak berbelas tahun dahulu. 

"Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara" kata Mahathir pada 22 September 1998. Kini Mahathir dah terima peliwat jadi PM. 

Sebenarnya amat sukar untuk Mahathir menerima hakikat bahawa jawatan Perdana Menteri untuk anaknya sudah semakin jauh darinya. Oleh kerana itu semasa Konvensyen PKR di Shah Alam beberapa bulan lepas, Mahathir enggan angkat plakad "Anwar PM Ke 7". 

Mahathir bimbang Anwar tidak akan beri jawatan PM itu pada anaknya. Oleh kerana itulah Mahathir sendiri berkeras mahu menjadi PM. Ketika beraya di London, Nurul Izzah datang memujuk Mahathir. Entah apa yang membuat hati Mahathir berubah dan percaya Anwar balik. 

Mahathir sudah hilang cara untuk merampas kuasa Perdana Menteri. Hanya dengan bersekutu balik dengan "syaitan" yang dia pernah kenal sahaja, mungkin ada jalan untuk menjatuhkan Najib. Namun hingga kini, Allah SWT tidak izinkan ianya berlaku.

Mahathir merasakan beliau akan kena "house arrest" kerana Skandal Forex. Oleh kerana itulah Mahathir sebut pada The Guardian semalam bahawa jika kerajaan lain yang berada di Putrajaya, sudah pasti Anwar akan diberi pengampunan dan dibenarkan semula aktif politik. 

Mahathir sebenarnya berharap kerajaan yang itu juga membebaskannya daripada "house arrest" dan menutup segala kes Skandal Forex. Mahathir amat tertekan kerana kes RCI Forex.

Jika tidak pujuk Anwar dengan cara memberi persetujuan Anwar untuk menjadi PM, Mahathir mungkin bermasalah berhadapan dengan perbicaraan Skandal Forex. Kalau Anwar buka dan dedah semua, alamatnya "ke dalam" betullah Mahathir. 

Baru baru ini, Anwar sudah merajuk dan tarik "hand brake" tidak mahu menjadi PM. Anwar juga gesa agar pendaftaran Pakatan Harapan dan logo ditangguhkan. Ini yang buat Mahathir bimbang. Anwar sebenarnya marah bila dapat tahu Mahathir mahu jadi PM semula.

Mahathir amat bimbang Kit Siang dan Anwar dedah semua cerita bila dipanggil RCI Skandal Forex. Dengan cara bersetuju Anwar menjadi PM, Mahathir berharap Anwar akan menyembunyikan cerita cerita Mahathir mengenai kehilangan wang berbillion ringgit di Bank Negara dahulu. 

Biar pun bersetuju dengan Anwar menjadi PM akan memadamkan cita cita anaknya untuk menjadi PM, Mahathir terpaksa buat pilihan. Antara malu kerana RCI Skandal Forex atau menjadikan Mukhriz sebagai PM. Mana satu yang perlu dipilih? 

Keputusan inilah yang Mahathir buat di London. Memanggil Nurul Izzah datang semata mata hendak nyatakan persetujuan itu. Kerana mahu pujuk "Pak Sheikh" balik.

Selama mana bertahan persetujuan Mahathir untuk menjadikan Anwar sebagai PM ini tidak dapat dijangka. Takut takut Mahathir buat "U TURN" balik selepas siasatan RCI Skandal Forex selesai. "The ends justify the means". Mahathir boleh buat apa sahaja untuk tujuan peribadinya selepas itu. 

Sejarah telah membuktikan, Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamatnya. 

Yang sedang tersepit sekarang adalah Mahathir. Yang hulur tangan mahu lepaskan Mahathir sekarang adalah Nurul Izzah bagi pihak Anwar Ibrahim. Tidak ada jaminan, Mahathir tidak akan "gigit" Anwar kembali.

Hari ini sudah 44 kali Jumaat, parti PPBM ditubuhkan. Takdir juga tertulis pada hari ini, dengan kuasa Tuhan, Mahathir mahukan orang yang digelarnya peliwat sebagai PM. 

Cuma satu faktor sahaja Mahathir gagal tewaskan iaitu kuasa Allah SWT. Itulah sebabnya, dalam kekusutan Mahathir tidak cari Allah SWT dan pergi Umrah. Ini kerana Mahathir tahu Allah SWT tahu apa niatnya. Mahathir pergi cari Claire Brown, WSJ , DOJ dan terkini Anwar untuk melepaskan tengkuk dan mencapai cita cita peribadinya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget