KL CHRONICLE: Kebodohan @SyedSaddiq sekali lagi terserlah dalam isu Pengangkutan Awam #Negaraku #Malaysia

Thursday, July 20, 2017

Kebodohan @SyedSaddiq sekali lagi terserlah dalam isu Pengangkutan Awam #Negaraku #Malaysia


Saya tak salahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak tahu apa yang berlaku dengan sistem pengangkutan awam yang dibangunkan Dr. Mahathir bin Mohamad. 

Satu masa tu dia masih kecil, dua dia mungkin sibuk sebagai ketua pemuda parti jadi tak cukup masa untuk membaca. 




Saya ringkaskan apa yang berlaku kepada sistem pengangkutan awam yang dibangunkan pengerusi parti dia:

LRT STAR: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta. Pada tahun 2001 diambilalih oleh kerajaan melalui Prasarana kerana hutang terlalu tinggi.

LRT Putra: Dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh Renong syarikaf milik kroni yang akhirnya juga terpaksa diselamatkan oleh kerajaan melalui Prasarana pada tahun 2001.

Kedua-dua kos mengambil alih LRT adalah hampir RM8 billion. Jumlah yang besar pada tahun 2001.

Monorail: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta, akhirnya terpaksa diambilalih oleh kerajaan pada tahun 2007 dengan kos RM880 juta

KLIA: Lapangan terbang dengan pengangkutan awam pun tak tahu beza? Kenapa tak letak Puduraya, Pelabuhan Klang sekali? 

RapidKL: Ditubuhkan pada tahun 2004 semasa zaman Pak Lah sebagai PM untuk mengendalikan operasi LRT dan bas RAPID. 

ERL: Milik kroni rapat Mahathir iaitu YTL, dianugerah konsesi 30 tahun, tambang boleh disemak setiap 5 tahun. Tahun 2015 tambang naik disebabkan perjanjian konsesi yang ditandatangani kerajaan zaman Tun.

Memang Tun Mahathir berjaya bangunkan pengangkutan awam sehinggakan hampir semuanya terpaksa dibail-out akhirnya. Itu tak masuk lagi dua syarikat bas iaitu Intrakota milik DRB-Hicom dan Park May milik Renong kedua-dua syarikat rapat kroni Tun yang juga terpaksa diselamatkan kerajaan. 

MRT? Seperti mana saya terangkan semalam, dari mula pembinaan sampai siap terbina dan juga kendalian operasi semuanya oleh syarikat milik penuh kerajaan. Tak ada duit pembayar cukai yang akan digunakan untuk menyelamatkan kroni seperti LRT, Monorail, Intrakota, Park May dan lain lain.

Banyakkan membaca Ketua Armada. Jangan buat malu sekolah kita.

Rujukan: 
1. Interesting times for Prasarana - The Edge Markets: http://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-interesting-times-prasarana
2. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd - Bloomberg https://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.asp?privcapId=23703121
3. Perjanjian Konsesi ERL - Laporan Ketua Audit Negara 2015: Siri 1 https://www.audit.gov.my/images/pdf/2016/LKAN_2015_Siri1/FEDERAL/lkan%20aktiviti%20persekutuan%20new.pdf

2 comments:

Anonymous said...

Terbaik admin og. Kasi sekolah si macai sayid sadis tu sekali..

Madiirr buat projek bkn utk rakyat tp gunakan nama rakyat shj tp matlamat untuk kayakan kroni, anak2 jantannya lepas tu keje naik tol dan tambng.. Satu lg 22 tahun memerintah hanya dekat2 dia nk pencen baru nk buat.. Itupun sbb Sukan Komanwealth 1998 pulun bg siap STAR LRT, Putra LRT. Monorail projek separuh masak.

Padahal zaman tu jika RM100 billion tak dirompak, Madiir dn Daim, kita sudah lama ada high speed train dn lebuhraya percuma di borneo dn semenanjunh.

Anonymous said...

Budak ini cuma boleh belajar tinggi dan cuma boleh bercakap tapi kurang cerdik.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget