KL CHRONICLE: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mesti jawab kenyataan Gobind Singh Deo

Tuesday, July 4, 2017

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mesti jawab kenyataan Gobind Singh Deo


1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo dimana beliau mengatakan bahawa RoS mengakui Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang dipilih pada 29 September 2013, boleh melaksanakan semua kuasa, fungsi dan tugasnya mengikut perlembagaan parti itu. 

2. Oleh yang demikian, pihak RoS harus tampil dan mengesahkan apa yang dikatakan Gobind Singh Deo ini adakah benar atau sebaliknya. Pihak RoS tidak boleh diam dan membisu tanpa memberikan sebarang jawapan kerana isu ini sekarang sudah menjadi satu isu yang melibatkan pelbagai pihak dan rakyat juga ingin tahu hal sebenar. 



3. Selain itu, integriti serta sikap profesionalisma pihak RoS juga kini tercalar apabila rakyat melihat RoS sebagai alat tunggangan parti DAP untuk memastikan pendaftaran parti tersebut tidak diharamkan dan logo roket boleh digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

4. RoS juga perlu memberi penjelasan mengapa surat yang dikeluarkan oleh RoS kepada DAP pada Tahun 2013 merupakan satu arahan ataupun sekadar nasihat dan tidak sah dilaksanakan terhadap DAP. Penjelasan ini penting kerana apa yang rakyat dengar sekarang hanya dari pihak DAP kerana RoS nampaknya terlalu takut untuk bersuara dalam hal ini. 

Terima Kasih. 

1 comment:

Anonymous said...

RoS ni ada telor ke...???

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget