KL CHRONICLE: Hello Fuziah Salleh, kenapa tak cadangkan pengharaman eksport bauksit?

Tuesday, July 4, 2017

Hello Fuziah Salleh, kenapa tak cadangkan pengharaman eksport bauksit?

Isu Lynas pun nampaknya dah ghaib?
Nampak gayanya, YB pembangkang yang ada di Negeri Pahang ini masih lagi keliru dan bercelaru dengan asas untuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.




Jika dilihat dari satu sudut, kepimpinan Pakatan di Pahang seolah - olah ketandusan idea untuk memujuk rakyat menyokong perjuangan mereka sehingga terpaksa mengitar semula isu yang sudah basi.

Salah satu isu yang sering kali menjadi isu ialah mengenai perlombongan bauksit yang telah dihentikan ekoran tindakan Kerajaan Pusat mengenakan moratarium ke atas aktiviti tersebut.

Terbaru, Ahli Parlimen PKR Kuantan cuba mengitar semula isu tersebut dengan membuat desakan agar pihak Kementerian yang berkenaan membekukan permit mengeksport bahan mineral tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, YB PKR itu menggesa agar pihak Kerajaan Pusat membersihkan terlebih dahulu longgokkan bahan mineral itu dan tidak membenarkan ianya dieksport keluar Negara.

Namun apabila diajukan soalan, kenapa YB PKR itu hanya mendesak agar permit mengeksport itu hanya diminta agar dibekukan dan tidak diharamkan terus jika benar ianya merosakkan alam sekitar?

Kalau dilihat dari satu sudut, jika perlombongan bauksit itu diharamkan sepenuhnya, maka sudah pasti tidak ada isu yang boleh dibangkitkan. Tiada lagi sebarang isu pencemaran alam sekitar yang akan berlaku.

Tetapi jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan itu ternyata mengecewakan dan ianya berbelit - belit. Beliau menjelaskan bahawa isu adalah mengenai prosedur yang dilaksanakan.

Bahkan dalam masa yang sama, YB PKR itu juga turut mengakui bahawa moratarium yang dikenakan pada ketika ini sama fungsinya dengan mengharamkan pengeluaran bahan mineral tersebut.

Maka, jika moratorium itu boleh disamakan dengan pengharaman ke atas pengeluaran bahan mineral tersebut, kenapa YB PKR itu masih mahu mendesak agar permit mengeksport bahan tersebut dibekukan?

Persoalan yang paling utama, kenapa YB PKR itu tidak menyokong cadangan untuk mengharamkan perlombongan bahan mineral tersebut secara keseluruhan? Kenapa dia tidak membawa cadangan itu ke Parlimen?

Sekiranya benar Ahli Parlimen PKR Kuantan itu betul - betul mahu memperjuangkan isu alam sekitar, maka itu yang sepatutnya dilakukan. Haramkan terus pengeluaran bahan mineral tu. Sudah tentu tidak ada isu yang akan merosakkan alam sekitar!!!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget