KL CHRONICLE: [Gambar] Menteri Besar Selangor Buang Tebiat ke? @SelangorKu #Malaysia

Thursday, July 20, 2017

[Gambar] Menteri Besar Selangor Buang Tebiat ke? @SelangorKu #Malaysia


Rasmi Jalanraya Bertingkat 4.5 Kilometer Macam Rasmi Lebuhraya Satu Selangor, Lepas Tu Bangga Kata Tak Ada Tol, Jalan Sependek 4.5 Kilometer Orang Gila Mana Nak Buat Tol. 




Dari gaya riben perasmian yang begitu panjang yang dipegang oleh 9 orang perasmi, kita menjangkakan Menteri Besar Selangor akan merasmikan lebuhraya bertingkat untuk seluruh Kajang dan Bangi kalau bukanpun untuk seluruh Selangor.

Apa yang melucukan perasmian oleh 9 orang perasmi yang memegang riben panjang ini hanyalah untuk jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer sahaja. Saya ulang 4.5 kilometer sahaja. Kalau jalan kaki hanya mengambil masa kurang 20 minit! 

Lebih melucukan Menteri Besar Selangor Azmin Ali boleh mendabik dada jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer ini tidak dikenakan tol. Kepala bapak apa jalanraya 4.5 kilometer hendak dikenakan tol Azmin Ali? 

Persimpangan bertingkat sepanjang 4.5 kilometer ini bakal menghubungkan Bandar Baru Bangi-Kajang 2-Bandar Teknologi Kajang bernilai RM62 juta. 1 kilometer jalanraya bertingkat ini bernilai  RM14 juta. Mahal betul kosnya. Yang ni Rafizi Ramli Dan Tony Pua tak nak bising pulak.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget