KL CHRONICLE: Datuk @RazlanRafii : Hentikan isu pemilihan parti, fokus persiapan PRU14

Sunday, July 23, 2017

Datuk @RazlanRafii : Hentikan isu pemilihan parti, fokus persiapan PRU14



Semua ahli Ummo diminta berhenti bercakap mengenai pemilihan parti, sebaliknya memberi fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi PRU14 akan datang.



Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, cakap-cakap mengenai isu pemilihan itu akan mengganggu fokus parti untuk kempen pilihan raya akan datang dan hal ini akan menimbulkan suasana tidak baik dalam parti.

"Oleh demikian, saya nasihatkan kepada Datuk Jamal (Md Yunos) dan rakan-rakan lain, hentikan semua polemik pemilihan parti kerana apabila kita mula bercakap mengenai hal ini, pastinya kita akan mula hilang fokus tentang persiapan pilihan raya umum akan datang.

"Ini bukan sahaja permintaan Pemuda Umno Seputeh, malah ia adalah permintaan majoriti pucuk pimpinan Umno. Jadi, saya harap Datuk Jamal hentikan terus bercerita mengenai apa yang beliau hasratkan," katanya kepada pihak media selepas Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Seputeh, hari ini.

Menurutnya, ini bukanlah masa yang sesuai bagi ahli Umno bercerita mengenai pemilihan kerana ia akan membazirkan tenaga dan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum, yang bakal berlangsung dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Minggu lalu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meluahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin, sekiranya Khairy mengosongkan posisi itu.

Jamal menyatakan kesediaan bertanding jawatan itu sekiranya beliau tidak mempunyai tempat untuk bertanding pada PRU14.

Sementara itu, Mohd Razlan meminta semua ahli Umno perlu menjadi ayam jantan, iaitu dengan mempertahankan parti daripada diserang daripada pihak pembangkang.

Katanya, tanggungjawab mempertahankan parti bukannya terletak khususnya kepada Pemuda, sebaliknya semua sayap harus mempertahankan Umno sekiranya diserang oleh parti lawan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget