KL CHRONICLE: DAP memperalatkan parti pembangkang lain untuk menguasai politik Malaysia #Negaraku #Malaysia #YP

Thursday, July 20, 2017

DAP memperalatkan parti pembangkang lain untuk menguasai politik Malaysia #Negaraku #Malaysia #YP


Baru - baru ini, Pakatan Harapan, dalam usaha mereka untuk memberikan harapan palsu kepada rakyat Malaysia telah mengumumkan barisan kepimpinan mereka. Apa yang melucukan didalam barisan kepimpinan PH ini adalah ianya mempunyai tiga "kepala" dimana seorang berada di dalam penjara (Anwar), seorang lagi sudah berumur 92 tahun (Mahathir) dan yang ketiga memang langsung tidak berkebolehan (Wan Azizah). 




Lebih menggelikan, parti yang paling kuat didalam pakatan ini iaitu DAP, yang mempunyai paling banyak kerusi Parlimen hanya diberikan jawatan Naib Pengerusi Pakatan Harapan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan cuba memperbodohkan orang Melayu di Malaysia dengan memberikan persepsi bahawa PH diketuai oleh orang Melayu walhal ini tidak benar sama sekali. 


Kuasa besar didalam PH sebenarnya adalah DAP. Tanpa DAP didalam PH, jumlah kerusi Parlimen yang PH ada tidak smpai 30 kerusi iaitu 20& dari jumlah keseluruhan kerusi Parlimen negara jadi sudah semestinya mereka tidak boleh membentuk kerajaan. Apa yang berlaku adalah DAP sedang menggunakan orang Melayu untuk "screw" orang Melayu, strategi yang sama mereka gunakan ketika PRN Sarawak. 

Memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia:


MEMBUNUH DGN PISAU YG DI PINJAM...KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.....antara strategi perang yg sangat licik dan benar benar di hayati DAP

DAP tau politik melayu PH berpecah parah.DAP juga dapat menghidu dgn persis kerana ketiga tiga "mangsa"ini adalah ciptaan mereka...PKR PAN DAN PPBM bukan saja lemah dan "devided" tapi juga merupakan RAMUAN TEPAT MEMECAHBELAHKAN MELAYU DAN ISLAM.

Justeru Lim Kit Siang membiarkan deklarasi di buat kerana beliau tau DAP bukan saja paling berkuasa dengan sejumlah pengundi cina di bandar sudah pasti milek mereka DAN INI MENJAMIN KEDUDUKAN ANAKNYA LGE DI SAF NAIB PRESIDEN SEBAGAI DE FACTO PRESIDEN PH memandangkan DSAI dalam tetap dlm jel dan tiada jaminan utk mendapat pengampunan,TM pula sudah berusia hampir 100 tahun dan DS Wan Azizah di ketahui terlalu lemah..hanya boneka

Persoalanya sekarang, adakah kita sebagai orang Melayu terlalu bodoh sehingga membiarkan diri kita dikenakan oleh puak - puak Cina DAP ini? Jika ya nampaknya kita masih tidak mempelajari kesilapan yang berlaku pada Tahun 2013 dimana orang Melayu kehilangan Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Sehingga hari ini tidak mungkin kita akan merampas negeri - negeri ini.

Adakah orang Melayu didalam PH mahu terus digunakan oleh DAP untuk "screw" orang Melayu? Jika Ya anda adalah pengkhianat bangsa!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget