KL CHRONICLE: Analisa : Implikasi keputusan RoS terhadap parti @DAPMalaysia #Negaraku #Malaysia #YP

Friday, July 7, 2017

Analisa : Implikasi keputusan RoS terhadap parti @DAPMalaysia #Negaraku #Malaysia #YP

Adakah mereka bakal tubuhkan DAP Baru seperti yang dilakukan Dr. Mahathir 30 tahun dahulu?
1. Sebentar tadi, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) telah mengeluarkan satu kenyataan dimana berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.




2. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang diambil oleh RoS ini tepat pada masanya. Ini kerana isu ini telah melarat hampir 4 tahun dan rakyat sudah mula tertanya - tanya kenapa RoS mengambil masa yang terlalu lama dalam menyelesaikan kemelut dalaman parti DAP. Malah, ahli DAP juga semakin resah dengan parti mereka yang mungkin dibatalkan pendaftaran kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966.

3.  Memandangkan RoS telah membuat keputusan bahawa DAP tidak akan dibatalkan pendaftaran mereka tetapi perlu mengadakan semula pemilihan ahli CEC, kini keputusan terletak ditangan Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk mengikut keputusan yang dibuat oleh RoS atau terus berdegil dan menyebabkan parti DAP dibatalkan pendaftaran mereka. 

4. Kami melihat Dinasti Lim akan ingkar arahan yang dibuat oleh RoS supaya mereka dapat membatalkan pendaftaran parti DAP seterusnya menubuhkan parti DAP Baru seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada Tahun 1987-1988 selepas Dr. Mahathir Mohamad hampir tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah dalam merebut jawatan Presiden UMNO. 

5. Taktik yang sama akan digunakan oleh Dinasti Lim jika mereka merasakan pemilihan baru CEC yang diarahkan oleh RoS ini mungkin tidak menyebelahi "cai" atau pun kroni mereka. Jika Dinasti Lim berasa terancam, mereka sudah pastinya akan memulakan kempen supaya pemilihan semula CEC tidak dilakukan dengan mengatakan konon nya RoS merupakan "agen" kerajaan BN tetapi sebenarnya ianya adalah satu diversion supaya DAP dapat dibubarkan dan DAP Baru ditubuhkan yang diketuai oleh Dinasti Lim.

6. Kami di #KLChronicle akan terus memerhati langkah - langkah Dinasti Lim ini. Sudah tiba masanya rakyat bangkit dan sedar pembohongan yang dilakukan oleh keluarga ini. Enough is enough!
  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget