KL CHRONICLE: Analisa : Implikasi kenyataan PM @NajibRazak terhadap strategi politik Dr. Mahathir Mohamad #Negaraku #Malaysia #YP

Saturday, July 8, 2017

Analisa : Implikasi kenyataan PM @NajibRazak terhadap strategi politik Dr. Mahathir Mohamad #Negaraku #Malaysia #YP


Kenyataan Media
Pasukan Komunikasi Kuala Lumpur Chronicle

8 Julai 2017

*_Analisa : Implikasi kenyataan PM @NajibRazak terhadap strategi politik Dr. Mahathir Mohamad_*

1. Kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang terbaru dengan jelas menunjukkan bahawa *Dr. Mahathir Mohamad kini semakin terdesak* sehingga sanggup menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walaupun Dr. Mahathir Mohamad pernah mencaci dan mengunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan karier politik Anwar Ibrahim 20 tahun yang dahulu.

Rujukan:




2. Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad ini sebenarnya merupakan satu lagi taktik beliau untuk meraih undi penyokong pihak pembangkang dan golongan berkecuali (fence-sitters). Umum ketahui setelah kemasukan Dr. Mahathir Mohamad ke kem pihak pembangkang, pihak pembangkang kini telah berpecah kepada dua team, iaitu Team A (menyokong Dr. Mahathir) dan Team B (menyokong Anwar Ibrahim). 

3. Menyedari bahawa untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 14 pembangkang perlu bersatu padu dan tidak berpecah, Dr. Mahathir Mohamad telah pergi ke London, United Kingdom ketika Aidilfitri untuk berjumpa Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report dan pada masa yang sama berbincang dengan Nurul Izzah Anwar supaya Team B didalam pembangkang (Pro - Anwar) kembali menyokong Dr. Mahathir Mohamad. 

Rujukan: 

Izzah & Mahathir in London : https://www.themalaysianinsight.com/s/6794/

4. Namun, kelicikan Dr. Mahathir ini akhirnya dibongkar Perdana Menteri. Ini kerana didalam undang - undang negara, Anwar Ibrahim tidak boleh kembali bertanding dalam Pilihan Raya selama lima tahun kerana beliau merupakan seorang bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000. Oleh yang demikian, *sokongan Dr. Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim hanya merupakan satu sandiwara politik.*

5. Persoalanya sekarang, selepas terbongkarnya taktik licik Dr. Mahathir Mohamad, *apakah langkah seterusnya bekas Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO ini akan lakukan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO - Barisan Nasional?*. Sudah semestinya, setiap langkah Dr. Mahathir Mohamad sudah berjaya dipatahkan oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa perlu meminta campur tangan pihak luar seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. 

6. Nampaknya pasukan strategik Dr. Mahathir perlu kembali semula ke meja perbincangan dan merancang strategi yang baru untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Bantuan Sarawak Report sudah diminta, Department of Justice Amerika Syarikat juga sudah membantu, pembangkang juga memberikan sokongan namun nampaknya Dr. Mahathir Mohamad *is no where near in bringing down the Prime Minister*. 

The question is, *why?*

==========================================================

PUSINGAN U TERKINI MAHATHIR MENUNJUKKAN BELIAU PANIK DENGAN RCI

Kenyataan oleh Perdana Menteri Najib Razak

7 Julai 2017

1. Pusingan U terkini Dr Mahathir Mohamad dan sokongannya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah seperti yang kita nampak. Ia datang selepas 20 tahun Mahathir mencacinya dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar dari politik, termasuklah menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya dan kempen yang berterusan untuk menyerang perwatakan moralnya.

2. Bagaimanapun, seperti yang Mahathir ketahui, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi pusingan U ini bukanlah mengenai pilihan raya umum yang akan datang. Realitinya, tindakan baru Mahathir terhadap Anwar didorong oleh kebimbangannya yang mendalam mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kebenaran di sebalik kerugian forex Bank Negara berjumlah RM30 bilion, seperti yang diperincikan dalam laporan Pasukan Petugas Khas.

3. Mahathir tahu bahawa penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi beliau tidak boleh mempunyai individu yang sangat relevan dengan kes itu seperti Anwar memberi keterangan menentangnya. Ironinya, Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakan beliau. Sama seperti beliau kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang beliau penjarakan. Realitinya, Kit Siang kini mengawal pembangkang kerana DAP mempunyai majoriti kerusi parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja.

4. Perjuangan Mahathir didorong bukan oleh kepentingan nasional, tetapi oleh kepentingan peribadi yang mementingkan dirinya sendiri. Mahathir begitu obses  menyelamatkan legasi keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri sahaja.

5. Beliau tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa sahaja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang beliau penjarakan, memanggil campur tangan asing ke atas negara demokratik yang berdaulat kita, mensabotaj ekonomi kita, dan membuat 100 pusingan U jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran rakyat – hanya sebagai cara untuk mencapai matlamat yang diingininya. Anwar mungkin percaya dengan ini, tetapi saya percaya negara tidak akan. Kerana dengan hanya satu kerusi Parlimen, Pengerusi PPBM tidak akan dapat memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik.

6. Mahathir menuntut Tun Abdullah Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan jawatan sehingga anaknya menjadi Perdana Menteri – tidak kira apa pun kesannya ke atas Malaysia. Kali ini kita tidak akan membiarkan beliau berjaya, kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti didahulukan sebelum keluarga Mahathir.

7. Tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat. Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan saya akan terus menumpukan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia. Kepentingan mereka sentiasa didahulukan, dan kami akan memenuhi janji-janji kami.

DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

3 comments:

Anonymous said...

Sape yg terdesak dan takut sebenarnya..heee

Anonymous said...

Rakyat faham sgt sape yg panik skrg ni..hahaha

Anonymous said...

Biar lah saya zalim pada satu orang daripada saya zalim pada seluruh rakyat malaysia.
Saya tidak rela negara ini mempuanyi seorang PM yang mengamalkan hubungan sejenis.
Lebih kurang macam itu lah bunyi cakap Madey semasa dia memecat, menangkap, menzalimi dan mencampakan
Anwar ke dalam penjara.
MUDAH NYA MADEY LUPA.SAMA ADA ORANG TUA INI SUDAH NYANYUK TAHAP GABAN ATAU PUN SEMEMANG NYA DIA NI BAPA SEGALA PEMBELIT, PEMBOHONG, PENIPU DAN PENYAMUN.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget