KL CHRONICLE: @AKaprawi : Niat Jahat Muhyiddin terbongkar dengan komplot 2014 #Negaraku #Malaysia

Saturday, July 15, 2017

@AKaprawi : Niat Jahat Muhyiddin terbongkar dengan komplot 2014 #Negaraku #Malaysia


*Ab Aziz Kaprawi*
_Ahli Majlis Tertinggi UMNO_
_Ketua UMNO Bahagian Sri Gading_

*NIAT JAHAT MUHYIDDIN TERBONGKAR DENGAN KOMPLOT 2014*

1. Datuk Seri Mukhriz Mahathir di mahkamah semalam telah mengaku bahawa bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamed bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berusaha untuk jatuhkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seawal tahun 2014 lagi.




2. Ini telah membuktikan bahawa motif Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah mengenai kepentingan peribadi semata-mata demi mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri.

3. Saya percaya bahawa komplot ini bermula akibat kekecewaan keputusan pemilihan UMNO 2013 yang menyaksikan kegagalan Mukhriz mendapat tempat sebagai Naib Presiden UMNO.

4. Usaha Mahathir untuk melorongkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah terjejas dan satu-satunya cara untuk memastikan pelan tersebut berjaya adalah dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dengan menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri 'sementara'.

5. Isu 1MDB hanyalah sebagai suatu alat yang digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana tahun 2014 langsung tidak menampakkan sebarang bantahan daripada Muhyiddin mengenai isu 1MDB termasuk ketika mesyuarat kabinet dan mesyuarat majlis tertinggi UMNO.

6. Muhyiddin juga merupakan Pengarah Pilihanraya Kecil BN Pusat bagi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin pada 7 Mei 2015 yang mana dipilih atas kepercayaan sebagai individu paling kanan di dalam parti selepas YAB Perdana Menteri.

7. Ini merupakan satu bentuk pengkhianatan bukan sahaja terhadap kepimpinan UMNO malah seluruh institusi dan ahli UMNO itu sendiri kerana sepanjang tempoh tersebut, Muhyiddin masih memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan.

8. Kali pertama Muhyiddin bersuara mengenai 1MDB adalah di Milan ketika lawatan kerja beliau pada tahun 2015 yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB walaupun berulang kali perkara ini dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet termasuk sesi penerangan khas kepada beliau.

9. Bukti-bukti ini disokong dengan kenyataan Mukhriz yang mendakwa pembabitan Muhyiddin seawal tahun 2014 adalah bukti bahawa 1MDB bukanlah sebab mengapa mereka menentang Datuk Seri Najib tetapi mengenai perebutan kuasa politik semata-mata.

10. Saya percaya rakyat Malaysia cukup matang dan dapat melihat motif sebenar di sebalik penentangan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang bukan bertujuan untuk menyelamatkan negara tetapi bertujuan untuk merampas kuasa politik yang telah pun diberi mandat oleh rakyat Malaysia sendiri.

--TAMAT--

1 comment:

Anonymous said...

Yeke? Tunggu pru14 lah

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget