KL CHRONICLE: Ahli Parlimen DAP pengecut, elak berdebat dengan Ketua Pemuda MCA #MCABerani #DAPPengecut

Sunday, July 23, 2017

Ahli Parlimen DAP pengecut, elak berdebat dengan Ketua Pemuda MCA #MCABerani #DAPPengecut


Baru - baru ini, Ahli Parlimen DAP dari Rasah iaitu Teo Kok Seong telah dengan sombong dan bongkak mencabar Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon untuk berdebat berkaitan isu prestasi ADUN dan Ahli Parlimen DAP di kawasan Negeri Sembilan. Menyedari bahawa terdapat peluang untuk berdebat dengan DAP, Datuk Chong Sin Woon menerima cabaran yang diberi oleh DAP. 


Namun, tiba - tiba Teo Kok Seong telah kecut perut dan ketika satu jamuan makan malam di Seremban, beliau telah mengumumkan bahawa debat antara beliau dan Ketua Pemuda MCA dibatalkan tanpa memberikan sebarang sebab atau alasan yang munasabah. Ini dengan jelas menunjukkan Teo Kok Seong merupakan seorang pemimpin yang pengecut dan hanya tahu bermain politik tetapi tidak berani berdepan musuh politik beliau.

Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini juga untuk memuji keberanian Ketua Pemuda MCA yang bukan sahaja menerima cabaran debat Teo Kok Seong, malah turun mencabar ADUN Lobak Siow Kim Leong dan ADUN Temiang Ng Chin Tsai untuk turut serta dalam debat ini. Bermakna 3 orang DAP lawan 1 orang MCA. Itu pun pemuda DAP tidak berani. 

Ini membuktikan bahawa pemuda - pemuda pihak pembangkang ini tidak lah berani mana. Ambil contoh Ketua ARMADA Syed Saddiq. Semalam konon nya pemuda ARMADA hendak ke PWTC memberi jemputan kepada Perdana Menteri untuk hadir ke program mereka. Namun apabila menyedari bahawa Pemuda UMNO sedang menanti di ibu pejabat UMNO untuk menerima kehadiran mereka, Syed Saddiq terus ghaib dan tidak hadir ke PWTC.

Macam ini kah standard pemimpin muda pembangkang? Dengan lawan politik tidak berani berjumpa depan - depan untuk berdebat tetapi berlagak "Hero" di media sosial. 

#Pondan!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget