KL CHRONICLE: Adakah Mahathir keliru dengan gelaran "Top Dog" ? #Negaraku #Malaysia #YP

Wednesday, July 19, 2017

Adakah Mahathir keliru dengan gelaran "Top Dog" ? #Negaraku #Malaysia #YP


Pengerusi pakatan pembangkang, Dr. Mahathir Mohamad baru - baru ini mengeluarkan satu kenyataan dengan mengatakan bahawa beliau merupakan "Top Dog" didalam Pakatan Harapan. Maksud frasa "Top Dog" ini adalah beliau merupakan pemimpin No 1 Pakatan Harapan dan bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini sekaligus menimbulkan beberapa persoalan antaranya adakah Dr. Mahathir Mohamad masih mempunyai cita - cita untuk menjadi Perdana Menteri?



Dengan melantik diri beliau sendiri sebagai "Top Dog" didalam Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad secara tidak langsung telah membuktikan bahawa beliau adalah "setaraf" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini kerana PM merupakan Presiden Barisan Nasional dan Dr. Mahathir Mohamad merupakan "Top Dog" didalam Pakatan Harapan. 



Ini juga membuktikan bahawa Dr. Mahathir sebenarnya langsung tidak mempunyai niat untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi hanya menggunakan Anwar, PKR, PAN dan DAP sebagai "alat" untuk memastikan cita  - cita Dr. Mahathir Mohamad tercapai. Kami di #KLChronicle tidak percaya yang Dr. Mahathir Mohamad mahu menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Mukhriz sebenarnya tidak layak menduduki kerusi tersebut.

Apa yang kami lihat adakah Dr. Mahathir Mohamad yang sebenarnya mahu kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau merasakan yang beliau mampu melakukan tugas PM lebih baik dari Perdana Menteri sekarang dan untuk memastikan cita  - cita beliau tercapai beliau sanggup menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional. 

Terdapat juga desas - desus mengatakan bahawa Dr. Mahathir akan bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah iaitu kubu kuat beliau ketika menjadi Perdana Menteri.  Bagi kami di #KLChronicle, jika betul Dr, Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri memang "this country will go back to the dogs". Kembalilah zaman jahilliah dimana kroni - kroni Dr. Mahathir akan berleluasa dan diberikan kontrak berbillion ringgit.

Entah berapa banyak lagi bailout, tol, kenaikkan harga tambang dan sebagainya yang akan diperkenalkan oleh kroni Dr. Mahathir yang akan membebankan kita rakyat Malaysia. Adakah ini yang penyokong pembangkang mahukan?


2 comments:

ayah said...

Macam hangpa juga keliru dengan BigDog kan.

Tanah Melayu Kini said...

Mathir memang top dog..
Top dog suruhan DAP

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget