KL CHRONICLE: Video Skandal 1MDB yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia #YP

Thursday, June 22, 2017

Video Skandal 1MDB yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia #YP


Serangan keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang bermula hampir 24 bulan yang lalu berkisar tentang satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Syarikat yang ditubuhkan dengan hanya RM 1 juta wang kerajaan ini telah difitnah oleh pihak pembangkang dan agen - agen mereka dari luar negara sehingga menyebabkan rancangan penyenaraian (IPO) syarikat ini di bursa Malaysia gagal akibat persepsi yang buruk.

Jika anda tidak boleh lihat video ini di blog #KLChronicle, sila akses video ini di Facebook page kami : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=789818481192410&id=273931962781067



Namun alhamdulillah, walaupun sudah 24 bulan serangan dimulakan, 1MDB tetap berada dalam keadaan yang baik dan kedudukan Perdana Menteri juga kukuh. Ini terbukti apabila majalah antarabangsa seperti The Diplomat dalam analisa mereka telah membuat rumusan bahawa Perdana Menteri dan Barisan Nasional akan menang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

Ini membuktikan bahawa rakyat tidak percaya akan fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang tentang 1MDB. Malah, kami di #KLChronicle juga telah menerima satu video (Lihat diatas) akan penjelasan secara detail tentang skandal 1MDB dan bagi mereka yang tidak faham, eloklah melihat video tersebut. Jika pembaca mempunyai masa anda juga digalakkan untuk menyebarkan video ini kepada penyokong pembangkang kerana maklumlah, mereka ini bukan nya bijak sangat. Jadi video ini akan membantu mereka untuk faham isu 1MDB ini dengan lebih jelas. 

Terima Kasih. 







4 comments:

Anonymous said...

Syok sendiri...biarkannnn

Anonymous said...

sekarang dah ada kambing hitam ye..untuk menyelamatkan MO1 kan? Aabar BVI ialah shell company ditubuhkan untuk mengelapkan wang. mana duit USD3.5b yang dikatakan dibayar kepada Aabar BVI yang dipertahankan bersungguh2 sebelum IPIC bawa ke mahkamah? kenapa nak salahkan org arab tu pulak. knp tak salahkan 1mdb sbb tak periksa betul2 sebelum buat bayaran. Video tu sekadar dibuat untuk mempertahankan najib sj. dalam video tu pun tak de dokumen2 yang boleh dijadikan sebagai rujukan. saya dah minta banyak kali dari ahli2 umno yang hari2 dok pertahankan MO1. saya nak minta 1 je. Boleh viralkan tak dokumen transaksi bank dari tok arab kepada najib yang berjumlah 2.6b tu? itu dokumen wajib yang kita dapat bila buat transaksi. bank in duit kat mesin ATM RM10 pun ada resit inikan pula pemindahan wang yang begitu besar. company aku buat bayaran ke luar negara pun ada TT form. mana tuan punya blog? tak kan maruah saudara begitu murah hinggakan boleh dibeli dengan wang ringgit. persoalannye, duit tu duit sape? duit umno? duit MO1 atau duit kerajaan malaysia? so sad bro..

Anonymous said...

Mangkuk tu tanya lah pada CEO 1mdb dulu dan lain2 ahli BOD...ingat pm free ke nak handle urusan 1mdb..apa jadahnya bayar gaji ceo/cfo mahal buat jerja bangang

Anonymous said...

Anon 3:29

Orang yang dituduh pulak yang kena kemukakan bukti..apa le..

2x5 dengan DOJ, "kami failkan saman sivil tapi kamu kena buktikan kamu x bersalah"

Mudahnya, cuma menuduh.

Pssss........apa jadi kisah kapal selam scorpene yang hangat dulu...?????

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget