KL CHRONICLE: (Video) Lihat Bagaimana MCA menyelami Bangsa Melayu & Ramadhan di Kelantan #Negaraku #Malaysia

Saturday, June 17, 2017

(Video) Lihat Bagaimana MCA menyelami Bangsa Melayu & Ramadhan di Kelantan #Negaraku #Malaysia


Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles melalui laman Facebook beliau telah berkongsi satu video yang sangat menarik iaitu cara bagaimana MCA menyelami Bangsa Melayu dan sambutan Bulan Ramadhan di Kelantan.

Dalam video tersebut dapat dilihat bagaimana pemimpin MCA Chua Hock Kuan anak jati Wakaf Bharu, Tumpat memberi berkotak buah tamar (kurma) kepada pihak pengurusan masjid dan minta pihak masjid yang mengedarkan buah tamar tersebut kepada umat Islam.

Dengan cara ini, secara tidak langsung MCA telah menjaga sensitivi orang Melayu dimana penyediaan bungkusan dan agihan buah kurma ini dipertanggungjawabkan kepada pihak masjid. Ini menunjukkan MCA peka akan sensitiviti orang Islam dan berusaha untuk membuat yang terbaik.


Ini berbeza dengan pihak DAP dimana baru - baru ini di Kluang, Johor DAP telah dengan bongkak turun ke bazar Ramadhan untuk mengedarkan buah kurma dan juga mencetuskan provokasi sehingga berlaku nya insiden pergaduhan.

Persoalanya sekarang, siapa untung selepas pergaduhan ini viral?Sudah tentunya pihak DAP kerana selepas sahaja video pergaduhan tersebut viral media pembangkang seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan sebagainya terus memainkan isu ini sehingga memberikan persepsi buruk kepada umat Islam.

Ini menunjukkan permainan jijik DAP yang walaupun umat Islam berada didalam bulan Ramadhan mereka tetap mahu merosakkan imej umat Islam di negara ini semata - mata demi agenda politik jijik mereka. Adakah kita umat Islam mahu terus tertipu dengan DAP?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget