KL CHRONICLE: TSAM : Negara bakal porak - peranda jika pembangkang memerintah negara #Negaraku #Malaysia #YP

Saturday, June 10, 2017

TSAM : Negara bakal porak - peranda jika pembangkang memerintah negara #Negaraku #Malaysia #YP



Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) hari ini membidas pihak pembangkang yang langsung tidak konsisten dan stabil dari segi dasar - dasar mereka tetapi bercita - cita tinggi untuk mentadbir negara. Memetik kata - kata TSAM:




"Untuk PH jadi pembangkang ok,tapi kalau untuk diberikan mandat besar memikul tanggungjawab memerintah negara ...itu boleh membawa kepada porak - peranda apabila parti yang memerintah itu tidak stabil dari segi dasar - dasar"

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan TSAM ini memang benar dan pihak pembangkang ini mempunyai cita - cita yang tinggi tetapi masalah dalaman mereka pun mereka tidak dapat selesaikan. Antara pergaduhan serta perselisihan parti - parti pembangkang adalah dalam perlantikan calon Perdana Menteri, isu BR1M sama ada rasuah atau tidak, GST serta banyak lagi isu - isu lain yang mereka tidak bersefahaman.


Calon Perdana Menteri pun mereka tidak boleh selesaikan. Ada hati hendak menjadi kerajaan. Agaknya rakyat bodoh mana yang akan mengundi pihak pembangkang nanti?


Antara isu yang hangat dimana dasar pembangkang tidak konsisten adalah dalam isu pemansuhan GST. Dulu kata hendak mansuh tetapi sekarang mereka buat U - turn dan kata tidak perlu dimansuhkan. Parti flip - flop begini yang mahu dijadikan kerajaan?

Bagi kami di #KLChronicle, kami berharap rakyat Malaysia menjadi lebih bijak dan tidak tertipu lagi dengan pembohongan pihak pembangkang. Satu undi kepada pihak pembangkang merupakan satu undi kita untuk menghancurkan negara yang dibina sejak merdeka lagi. Adakah kita mahu anak cucu kita hidup di negara yang ditadbir oleh pihak DAP dengan orang Melayu sebagai macai mereka?

Renungkanlah....

1 comment:

Anonymous said...

Tan Sri, for your information the country is already "porak peranda" and UMNO still living in denial particularly you. all the best in PRU 14. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dua2 untung.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget