KL CHRONICLE: #TiadaKompromi SPAD ambil tindakan tegas terhadap operator pengangkutan awam darat

Saturday, June 24, 2017

#TiadaKompromi SPAD ambil tindakan tegas terhadap operator pengangkutan awam darat

Penguatkuasa SPAD mengorbankan cuti mereka supaya pengguna dan rakyat dapat
pulang ke kampung halaman dengan selamat
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakant tegas terhadap mana - mana operator pengangkutan awam darat yang melanggar undang - undang ketika musim perayaan ini. Malah SPAD juga akan terus meningkatkan penguatkuasaan di semua hentian, lebuhraya dan jalan - jalan utama bagi memastikan semua pengguna pengangkutan awam darat dalam keadaan selamat dan menggurangkan kebimbangan pengguna daripada ditipu oleh operator yang mengambil kesempatan. 



Awas ulat tiket, pengguna jangan tertipu!
Bagi kami di #KLChronicle, sudah pastinya usaha SPAD ini disambut baik oleh pihak kami. Ini kerana umum ketahui ketika musim perayaan bermacam - macam insiden boleh berlaku. Antara yang menjadi kebiasaan adalah dimana pengguna ditipu pengendali bas ekspress apabila tiket bas yang dibeli tidak muncul sekaligus menyebabkan pengguna terlepas peluang pulang ke kampung. Kes ini berlaku apabila pengguna membeli tiket dari ulat tiket.

Selain insiden ditipu ulat tiket dan harga tiket bas yang mahal, satu lagi isu yang sering berlaku ketika musim perayaan adalah kes kemalangan maut yang selalu nya melibatkan bas ekspress. Untuk mencegah perkara ini daripada berlaku,  SPAD akan mengaudit  rekod GPS kenderaan, melakukan operasi penyamaran,  rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap laju serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha SPAD ini baik dan memang kena pada masanya. Sudah pastinya rakyat juga berterima kasih kepada pihak SPAD, terutamanya penguatkuasa mereka yang sanggup mengorbankan cuti raya supaya keselamatan pengguna terjamin. Oleh yang demikian, kami berharap pengguna jalan raya serta rakyat secara amnya menghormati dan bersyukur terhadap pengorbanan warga SPAD ini. Kerana mereka, kita dapat pulang dengan selamat.

Terima Kasih SPAD!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget