KL CHRONICLE: Tan Sri Annuar Musa : Sokongan anak muda Kelantan kini kembali kepada UMNO #YP

Wednesday, June 28, 2017

Tan Sri Annuar Musa : Sokongan anak muda Kelantan kini kembali kepada UMNO #YP


Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan bahawa UMNO Kelantan akan secara konsisten berusaha menarik sokongan generasi muda dan pengundi yang bekerja di luar Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk menawan Kelantan selepas 27 tahun di bawah pentadbiran kerajaan PAS.



Malah, mengikut data serta statistik UMNO Kelantan, generasi muda dan pengundi yang bekerja di luar kelantan merupakan antara tonggak utama sokongan UMNO bagi menghadapi PRU - 14 yang tidak lama lagi. Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan Tan Sri Annuar Musa ini ada asasnya. 

Ini kerana umum ketahui bahawa generasi muda dan pengundi yang bekerja di luar Kelantan lebih terdedah kepada kepesatan serta kemodenan bandar - bandar besar diluar Kota Bharu dan mereka sudah semestinya mahukan pembangunan yang sama dibawa masuk ke Kelantan supaya ianya dapat dinikmati oleh semua anak Kelantan. 

Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa:
"Sudah ramai (generasi muda dan anak Kelantan) yang sedar dan mahukan perubahan di negeri ini.
 "Mereka faham mengenai pembangunan di Kelantan kerana mereka daripada kalangan cerdik pandai juga.
"Setakat ini, sokongan kuat daripada golongan ini memberi kekuatan kepada UMNO," 

Selain itu, UMNO sebagai sebuah parti telah membuktikan bahawa UMNO dapat mentadbir serta membangunkan negeri menjadi sebuah pusat ekonomi yang mantap sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda. Lihat sahaja di Kuala Lumpur, Johor dan Melaka dimana dibawah kepimpinan kerajaan negeri UMNO - BN, ratusan ribu peluang pekerjaan diwujudkan untuk anak muda. Ini tidak berlaku dibawah kepimpinan PAS di Kelantan.

Sebagai contoh, statistik menunjukkan bahawa hampir 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan.(Rujukan : https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=701342). Ini merupakan satu "brain drain" bagi negeri Kelantan dimana semua tenaga kerja mereka berkhidmat untuk negeri lain sehingga negeri sendiri tidak dibangunkan akibat tiada sokongan dari kerajaan negeri. 

Persoalanya, adakah anak muda Kelantan tidak mahu melihat negeri sendiri dibangunkan serta dimajukan seperti negeri - negeri lain di Semenanjung Malaysia?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget