KL CHRONICLE: Skandal Kewangan Terbesar Negara,Bukannya 1MDB, Tetapi Skandal Forex

Thursday, June 22, 2017

Skandal Kewangan Terbesar Negara,Bukannya 1MDB, Tetapi Skandal Forex

Masing - masing berdoa supaya tak kantoi dalam skandal Forex
Ramai yang bising kononnya negara kita akan bankrap dalam masa terdekat ini selepas skandal 1MDB dicetuskan oleh pihak pembangkang. Lebih dari lima kali Mahathir, Daim dan Kit Siang cakap Malaysia negara gagal dan akan bankrap.



Menggunakan media sosial, kempen anti Najib yang dibuat Mahathir dan pembangkang menabur fitnah dan kebencian agar rakyat dapat meletakkan semua salah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mereka yang masih dalam lingkungan umur belia dan baru setahun jagung mengenali Mahathir, maka mereka inilah yang akan jadi sasaran untuk dipengaruhi. Akhirnya, lihatlah apa yang berlaku pada tiga orang Exco PPBM. Baru mereka kenal siapa Mahathir yang sebenar selepas itu.

Mahathir memulakan kempen kebencian itu dengan rekaan cerita dan tuduhan RM42 bilion lesap, diikuti pula dengan tuduhan kedua iaitu RM27 bilion hilang yang kedua-duanya didakwa dari akaun 1MDB. Sekejap RM42 billion, sekejap kata RM27 billion, angka pun bertukar tukar. Nampak sangat ianya tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Tiada sebarang bukti transaksi dari akaun bank ke akaun bank sehingga ke saat ini. Yang ada hanyalah rekaan carta graf palsu. Yang ada hanyalah ulangan cerita persepsi buruk yang cuba dimomokkan agar rakyat melihat 1MDB sebagai sebuah skandal kewangan terbesar negara. Bukannya 1MDB, yang lebih besar berlaku pada zaman Mahathir.

Ada kawan baik Mahathir yang menyara sekolah anak anaknya, menjadi jutawan no. 1 di Malaysia selepas satu projek diberikan kepadanya.

Sebenarnya isu 1MDB sudah pun diselesaikan. Pihak SPRM, PAC, PDRM dan Peguam Negara telah menyiasat dokumen yang ada. Pihak pembangkang, Tan Seng Giaw telah akui tiada bukti kaitkan Perdana Menteri dengan 1MDB. Menteri Luar Arab Saudi sahkan RM2.6 billion bukanlah duit 1MDB, tetapi duit sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Jawapan sudah diberi, penyiasatan yang telus dengan melibatkan pihak ketiga dan badan bebas sudah dilakukan. Tony Pua pun berpuashati dengan 80% daripada laporan PAC. Hingga kini, hampir semua program rasionalisasi 1MDB sudah diselesaikan.

1MDB bukan lagi isu, yang jadi isu sekarang adalah Skandal Forex di zaman Mahathir. "Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”,  empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah kerugian bernilai RM100 bilion,” kata Kit Siang pada 3 Jun 2012.

Mengapa kini Kit Siang diam dan tidak mahu bercakap soal ini semua?

Isu kehilangan RM100 billion ini besar. Skandal Forex sahaja dianggar hilang RM40 billion. Belum pernah disiasat dengan telus oleh mana mana pihak. Cerita sebenar belum diketahui rakyat. Kenapa Perwaja, Maminco dan projek MEC Gambang boleh lingkup?

Apatah lagi, menurut bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ketika itu, Dr Rosli Yaakop, beberapa orang bertanggungjawab penuh dalam skandal ini. Mereka adalah Mahathir, Daim Zainuddin dan Nor Mohamad Yaakop yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, di bawah Mahathir.

Justeru, tindakan kabinet pada 21 Jun 2017, untuk bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) yang mencadangkan perlunya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasatan lebih lanjut mengenai skandal kewangan Mahathir ini sebagai suatu langkah tepat dan wajar.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), hasil laporan PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen.

Kit Siang tulis buku mengenai skandal Forex ini, namun bila dipanggil hanya bercakap setengah jam sahaja. Kit Siang cuba sembunyikan cerita?

Inilah sebenarnya skandal kewangan terbesar negara walaupun ia telah berlaku selama 24 tahun yang lalu. Walaupun Mahathir telah bergelar pemimpin pembangkang, dia tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana skandal kewangan yang telah dilakukan berpuluh tahun dahulu telah merugikan rakyat dan negara.

Tiga Exco PPBM pun hendak tahu kisah ini. Seluruh rakyat Malaysia mahu menilai apa sebenarnya yang berlaku. Zaman itu masih belum ada Facebook, telefon pintar dan pendrive. Ada sesuatu yang hilang dan perlu dibongkar semula untuk diadili oleh rakyat jelata.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget