KL CHRONICLE: Siapa Untung, Siapa Kena Main? Bonus Selangor vs Bantuan Kerajaan Pusat

Tuesday, June 6, 2017

Siapa Untung, Siapa Kena Main? Bonus Selangor vs Bantuan Kerajaan Pusat


1. Penerima bonus Selangor, kira-kira 17,700 orang penjawat awam di Selangor, iaitu hanya *0.28% daripada keseluruhan 6.3 juta rakyat Selangor* dan melibatkan perbelanjaan hampir *RM58 juta.* Penerima *BAYARAN KHAS* Kerajaan Pusat, *1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara, 7.49% daripada keseluruhan 31.7 juta rakyat Malaysia,* melibatkan peruntukan *RM1 bilion.* *2.37 juta penjawat awam dan pesara* ini juga menerima *BANTUAN KHAS AIDILFITRI,* melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion lagi menjadikan *perbelanjaan keseluruhan RM2 bilion.*




2. Pemberian Kerajaan Pusat kepada *seluruh rakyat Malaysia* dalam bentuk *SUBSIDI* dan *BANTUAN SOSIAL* adalah sebanyak *RM22.4 bilion. RM6.8 bilion* adalah dalam bentuk *BR1M* dengan jumlah penerima seramai *7.28 juta orang* dan penerima *paling ramai adalah di negeri Selangor, iaitu 1,017,403 orang* dan melibatkan perbelanjaan sebanyak *RM1.01 bilion.*

3. *Penerima manfaat* sebenar pemberian *Bayaran Khas, Bantuan Khas Aidilfitri* dan *BR1M dari Kerajaan Pusat* adalah *rakyat*, iaitu *1.6 juta penjawat awam, 775,000 pesara dan 7.28 juta penerima BR1M*, di mana penerima teramainya adalah rakyat negeri Selangor. Sedangkan *penerima manfaat* sebenar pemberian *bonus negeri Selangor* adalah *MB* dan *Exco Kerajaan Negeri.* Gaji *Menteri Besar Azmin Ali* adalah sebanyak *RM29,250* menjadikan dia penerima terbesar pemberian bonus ini, iaitu sebanyak *RM73,125*, diikuti oleh *Exco Kerajaan Negeri*, iaitu sebanyak *RM50,625 (gaji RM20,250)*. 

4. Perlu diingat, *defisit perbelanjaan* kerajaan negeri Selangor terus *meningkat RM450 juta pada tahun 2015,* *RM600 juta pada tahun 2016* dan *RM900 juta pada tahun 2017.* Sedangkan *defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan* sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran, iaitu *-6.7% pada tahun 2009, -5.4% tahun 2010, -4.8% tahun 2011, -4.5% tahun 2012, -3.9% tahun 2013, -3.5% tahun 2014, -3.2% tahun 2015, -3.1% tahun 2016 dan -3.0% tahun 2017.*

3 comments:

Unknown said...

Tak pa.. janji bukan kerajaan..?
Tahniah kl chronic.. pendedahan yg sgt infomatif..
Penyokong pembangkang di selangor tk kisah.. janji bukan kerajaan pusat punya duit..
selangor punya duit.. takpa..? Tader hal..? Hmm..

Unknown said...

Bagi kat rakyat miskin pun lagi bagus.. yg dpt tu semua dah loaded.. buat apa.. bukan bantuan.. itu imbuhan..
Daylight robbery by kerajaan pembangkang di selangor

megat panjialam said...

Kami tahu ramai kakitangan negeri Selangor gembira..maklumlah dapat bonus 2 bulan setengah..gembiranya rakyat Selangor..gembira lagi Azmin..gajinya RM 29K Lebih kurang..bonus sahaja dekat RM 73K..TAMBAHKAN RM 102K lebih kurang…Kerani dapat berapa?
Kakitangan pusat..memang kecil RM 500..dari bawah sampai ke atas semua RM 500…yang bawah layak dpt BR1M…
KALAU AKU MB PUN AKU MCM AZMIN..BAGI 3 BULAN GAJI..MAKIN BANYAK BONUS..MAKIN BANYAKLAH BONUS AKU DAPAT…
Tapi Najib..yang kita kenali..dia memang banyak ambil keputusan yang tidak popular tetapi dia banyak membela orang bawahan…yang tak kerja kerajaan pn dapat BR1M…tapi Azmin..mak cik jual nasi lemak xdapat bonus…
Licik permainan Azmin..kan?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget