KL CHRONICLE: Siapa #Muhyiddin nak persoal perlantikan #IdrisJala untuk menyelesaikan kemelut #FGV

Friday, June 9, 2017

Siapa #Muhyiddin nak persoal perlantikan #IdrisJala untuk menyelesaikan kemelut #FGV

Muhyiddin Yassin kini semakin hilang pengaruh didalam parti beliau sendiri
Muhyiddin tanpa perasan kesipuan hari ini mempersoalkan perlantikan Idris Jala sebagai pihak berkecuali bagi meneliti isu Felda Global Ventures (FGV). Kata Muhyiddin lagi sepatutnya kerajaan lantik orang luar atau firma audit untuk menyiasat kemelut yang sedang berlaku.




Untuk pengetahuan Muhyiddin yang nak tunjuk cerdik tapi tak berapa sangat tu, Idris Jala merupakan pihak luar. Dia tidak lagi bekerja dengan kerajaan Malaysia. Dia sekarang mempunyai sebuah syarikat yang dinamakan #Pemandu Associates Sdn Bhd yang merupakan sebuah firma perunding.

Jadi di manakah silapnya kerajaan melantik Idris Jala untuk menyelesaikan kemelut di dalam FGV ? Lainlah kalau kerajaan lantik Idris Jala untuk menggantikan presiden atau Ceo FGV?  Peranannya hanya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dan memberi laporan serta cadangan kepada pihak terlibat. Lagipun CEO FGV,  Datuk Zakaria Arshad juga bersetuju dengan perlantikan ini.

Harap Muhyiddin simpan sedikit kebodohannya agak tidak terserlah sangat, Malulah presiden sebuah parti merupakan seorang yang tidak berapa cerdik. Harap ada kesipuan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget