KL CHRONICLE: Sekali lagi Malaysia Chronicle kantoi memfitnah, kali ini MCA pula jadi mangsa!

Thursday, June 22, 2017

Sekali lagi Malaysia Chronicle kantoi memfitnah, kali ini MCA pula jadi mangsa!

Ahli Parlimen PKR dari Subang menggunakan ruang masjid untuk memberi ceramah

Pihak pembangkang nampaknya semakin terdesak apabila Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua kini mula menyerang MCA dengan cuba melagakan parti komponen Barisan Nasional (BN) ini dengan umat Islam. Terbaru Malaysia Chronicle telah mengeluarkan satu artikel berunsur FITNAH dengan mengatakan bahawa EXCO Melaka YB Datuk Lim Ban Hong berucap di dalam masjid dan dilabelkan sebagai seorang Kafir.



Melihat tuduhan ini sebagai satu fitnah yang sangat serius, kami di #KLChronicle telah menghubungi sumber kami di MCA dan kami diberitahu bahawa apa yang ditulis oleh Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua ini TIDAK BENAR. Malah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron juga telah menafikan dakwaan tersebut. Apa yang sebenarnya berlaku adalah YB Lim hanya memberi sumbangan Hari Raya di dewan serbaguna di tepi masjid, bukan dalam masjid. 

Tetapi ini telah dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk di "spin" supaya dilihat bahawa YB Lim telah melakukan satu kesalahan. Objektif Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua memfitnah YB Lim adalah untuk menutup isu yang menimpa Ahli Parlimen PKR, R. Sivarasa yang mengundang kemurkaan DYMM Sultan Selangor apabila beliau telah mencemar kesucian masjid dengan memberikan ucapan didalam tempat solat. 

Baca artikel tersebut : DISINI 

Nasihat kami kepada Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua sudah lah berhenti memfitnah dan cuba menipu rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sudah bijak dan tidak akan mudah termakan fitnah pembangkang.

Grow Up!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget