KL CHRONICLE: Pulau Pinang bakal menjadi negeri yang gagal di bawah DAP Kwnaikkdan Lim Guan Eng

Sunday, June 11, 2017

Pulau Pinang bakal menjadi negeri yang gagal di bawah DAP Kwnaikkdan Lim Guan Eng

Kenaikan tariff air memberi tekanan kepada rakyat
1. Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500% dari apa yang dibelanjakan pada 2008.



2. Kerajaan Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah dan asset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Tiada rumah mampu milik di Pulau Pinang
3. Kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu sebagaimana dinyatakan oleh YB Chow Kon Yeow.

4. YB Chow mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa membuat pinjaman dari bank bagi mengisi jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion dalam temuramahnya dengan The Edge Julai tahun lalu.

5. Kerajaan Pulau Pinang terpaksa memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)

6. Untuk meningkatkan perolehan, kerajaan Pulau Pinang telah menaikan cukai harta dan cukai pintu bagi tempoh tiga tahun, meningkatkan kadar letak kereta, menaikkan kadar air sebanyak empat kali, menggandakan kadar pengekstrakan air mentah, menaikkan penalti terhadap pemaju perumahan sebagai menggantikan kegagalan menyediakan rumah mampu milik dan meningkatkan pelbagai jenis denda bagi pihak berkuasa tempatan.

7. Pulau Pinang ke era kegagalan dan muflis di mana penduduknya bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan denda, cukai serta kadar air bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget