KL CHRONICLE: Program YB Senator Datuk Mustapa Kamal bersama penduduk Taman Salak Jaya

Sunday, June 4, 2017

Program YB Senator Datuk Mustapa Kamal bersama penduduk Taman Salak Jaya

YB Senator Datuk Mustapa Kamal (Berbaju hijau) bersama tetamu yang hadir

*UMNO Bahagian Seputeh* 

1. Pemimpin masyarakat, Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah menyampaikan sumbangan kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf pada satu majlis yang telah diadakan kelmarin. 


YB Senator Datuk Mustapa Kamal menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan
2. Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan ini telah diadakan di Laman Penduduk Salak Jaya, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta Non - Governmental Organisations (NGO) di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Lebih menarik lagi, program ini juga telah dihadiri oleh masyarakat bukan Islam di sekitar kawasan Taman Salak Jaya untuk memeriahkan majlis dan mereka dilihat selesa bergaul dengan YB Senator Datuk Mustapa Kamal dan para hadirin yang beragama Islam yang lain.

4. UMNO Bahagian Seputeh ingin mengambil kesempatan ini untuk *mengucapkan terima kasih kepada semua pihak* yang terlibat didalam menjayakan majlis yang diadakan semalam dan jasa murni Tuan/Puan hanya dapat dibalas oleh Allah swt. 

 *_UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada_*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget