KL CHRONICLE: Pengerusi Suruhanjaya Tenaga tidak faham denyut nadi rakyat? #TNB #Negaraku #Malaysia

Thursday, June 29, 2017

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga tidak faham denyut nadi rakyat? #TNB #Negaraku #Malaysia


Tarif Elektrik Berdepan Kenaikan Kerana Idea Pengerusi Suruhanjaya Tenaga?

Nampaknya ada lagi Penjawat Awam melebihi sudu dari kuah dari Menterinya. 

Ditengah kita beraya bekas Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation, Datuk Abdul Razak Abdul Majid yang kini Pengerusi Suruhanjaya Tenaga sejak 2014 ligat dalam media massa berbicara tentang cadangan TNB menaikkan kadar tarif kepada kerajaan. Katanya kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam beberapa hari lagi selepas pihaknya memaklumkan masalah dihadapi TNB kepada kerajaan.




Apa agaknya cara fikir Pengerusi Suruhanjaya Tenaga seperti ini? Serahkan kepada Menteri sahajalah hendak umum bukan mendedahkan kepada media bagi tujuan spekulasi. Media sendiri meramalkan kerajaan akan mengekalkan tarif sekarang. Jadi apa niat dia?

Apa agaknya rakyat akan fikir? April lalu Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM1.7 bilion pada suku kedua berakhir 28 Februari 2017, lebih tinggi berbanding RM1.5 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2016.

Pendapatan TNB meningkat 6.4 peratus kepada RM11.16 bilion daripada RM10.5 yang dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya.

Tiba-tiba hari ini Pengerusi Suruhanjaya tampil gagah mencadangkan sistem surcaj untuk menggantikan struktur rebat sedia ada dan jika diluluskan, ia akan menjejaskan pengiraan tarif elektrik.

Kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tengok-tengoklah anak buah ni. Kadang ramai lebih sudu dari kuah. Lebih pandai dari menteri. 

Datuk Abdul Razak Abdul Majid ni dah lebih 2 tahun sebagai Pengerusi. Carilah orang sesuai menggantikan beliau. Setidaknya yang faham politik dan pilihanraya. Letih....

#tiadakenaikanTarifElektrik

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget