KL CHRONICLE: Kemalangan maut di Jempol, SPAD gantung permit Golden Horse Plantations Sdn Bhd #Negaraku #Malaysia

Wednesday, June 14, 2017

Kemalangan maut di Jempol, SPAD gantung permit Golden Horse Plantations Sdn Bhd #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini negara dikejutkann dengan insiden menyayat hati apabila lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol. Kemalangan itu melibatkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.  Punca kemalangan ini adalah kerana sikap tidak bertanggungjawab pemandu treler yang cuba memotong sebuah motosikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak lepas lalu membrek trelernya dengan secara tiba - tiba. 



Susulan dari kes kemalangan yang amat menyedihkan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam tempoh kurang dari 48 jam telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana SPAD dengan serta merta telah menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. bersama kesemua kenderaan di bawah pengendali tersebut. Golden Horse Plantations merupakan pemilik treler yang terlibat dalam kemalangan seperti yand diceritakan diatas. 


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proaktif dan pantas SPAD ini wajar diberi pujian. Ini berbeza dengan zaman dahulu dimana agensi serta suruhanjaya dibawah kerajaan selalu nya dilabel sebagai "lembab", "tidur" dan sebagainya. Namun kini SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar merupakan antara suruhanjaya yang paling efisien, cekap dan profesional dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi. 



Kembali kepada kes kemalangan ini, SPAD mengambil keputusan untuk menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). SPAD juga akan turut membantu siasatan PDRM berhubung dengan kes ini apabila diperlukan. Di #KLChronicle bagi kami ini juga merupakan tindakan yang wajar. Kita tahu punca kemalangan adalah dari sikap pemandu yang memandu untuk Golden Horse Plantations Sdn Bhd. 

Cuba bayangkan berapa ramai lagi pemandu yang berada dibawah syarikat Golden Horse Plantations Sdn Bhd dan adakah mereka ini benar - benar terlatih untuk membawa treler? Perkara ini tidak ada sesiapa yang tahu jadi keputusan SPAD untuk menggantung syarikat Golden Horse Plantations Sdn. Bhd ada asasnya sehingga semua siasatan selesai bagi memastikan pemandu serta treler syarikat berada dalam keadaan yang baik dan tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya.



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget