KL CHRONICLE: Kabinet Bayangan Pembangkang,Kabinet Lintang-Pukang

Tuesday, June 20, 2017

Kabinet Bayangan Pembangkang,Kabinet Lintang-Pukang



Selepas Anwar Ibrahim umumkan menarik diri dari menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), ahli DAP yang pro Mahathir iaitu Zaid Ibrahim, umumkan pula kabinet bayangan PH mengikut firasat beliau.

Dilihat pada barisan kabinetnya, agihan kerusi antara komponen parti dalam PH nampak lintang-pukang. Ada yang tangkap muat dan memenuhkan tempat kosong sahaja.



Zaid, mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH, kekal dengan pilihan yang dibuatnya sebelum ini.

Nama Mahathir ada, tetapi nama anaknya, Mukhriz tidak disebutkan oleh Zaid dalam mana-mana jawatan yang diumumkan oleh beliau. Biarpun Mukhriz adalah Timbalan Presiden PPBM di bawah Muhyiddin Yassin.

Pasti Zaid tidak mengumumkan kabinet ini mengikut kemahuannya sendiri. DAP tidak membantah barisan kabinet yang dibuat oleh Zaid Ibrahim ini.

Ianya berbalik kepada perjanjian sulit asal antara Mahathir dan Kit Siang yang pernah didedahkan oleh Tunku Aziz. Mahathir menjadi PM dan DAP menjadi TPM dan menguasai kabinet.

Nama Mukhriz mungkin tidak disebut kerana Mahathir mungkin selepas itu boleh serahkan terus jawatan itu pada anaknya bila sampai masanya. Nama Guan Eng juga tidak disebut. Mungkin DAP pasrah dengan kes rasuah Guan Eng dan yakin Guan Eng akan dipenjarakan.

Nama Presiden PPBM, Muhyiddin disebut oleh Zaid sebagai Menteri Minyak dan Tenaga dan syarikat Petronas diletakkan di bawah seliaan kementerian berkenaan. Turun pangkat Muhyiddin, dari TPM kepada Menteri sahaja dalam kabinet bayangan DAP.

Azmin Ali pula dilantik sebagai Menteri Kewangan dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dinamakan sebagai Menteri Pendidikan.
Kit Siang dijangka turut diberikan peranan sebagai Timbalan Perdana Menteri mengikut perjanjian sulit asal, Mahathir dengan Kit Siang.

Kit Siang dijangka menjadi "acting TPM" kerana jawatan itu ditiadakan dalam kabinet bayangan DAP. Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu jadi TPM telah diturunkan darjat oleh DAP sebagai "calon simpanan TPM" sahaja.

Wan Azizah yang menjadi Presiden PKR tiada dalam kabinet DAP. Mungkin DAP tahu pengaruh Wan Azizah kian pudar dan hanya menumpang nama Anwar sahaja. Hanya Nurul Izzah yang disenarai sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet DAP itu.

R Sivarasa yang masuk masjid semasa bulan Ramadhan di Selangor, dinamakan oleh Zaid sebagai Peguam Negara. Manakala Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli disebut untuk memimpin kementerian baru yang menjaga hal ehwal MARA, Felcra, Risda, FELDA dan Tabung Haji.

Mohd Sabu yang jadi Presiden PAN tidak diangkat menjadi mana mana kedudukan menteri pun. Mujahid Yusof Rawa pula yang diberi tempat sebagai menteri. Kabinet bayangan Zaid ini tidak seimbang kerana ramai sangat menteri dari PPBM berbanding PKR.

PPBM hanya ada satu kerusi sahaja, PKR lebih banyak kerusi tetapi diberikan tempat yang sedikit. Lebih tidak seimbang bila Zaid tidak menamakan langsung wakil dari Sabah dan Sarawak dalam kabinet bayangan itu.

Senarai kabinet Zaid yang disiarkan di Malaysiakini pada 19 Jun 2017 ini nampaknya hanyalah bertahan sekejap sahaja. Esok lusa ada lagi senarai kabinet baru akan dibuat. Pembangkang bukannya berpakat, organisasi mereka lintang pukang habis.

Ini belum lagi mendapat kuasa. Baru hendak menubuhkan kabinet bayangan dan meminta kelulusan ROS mengenai nama baru Pakatan Harapan serta logo mereka. Belum apa apa lagi sudah lintang pukang jadinya.

Sudah beberapa kali mereka mesyuarat, tetapi tidak ada pun kata sepakat. Logo pun sampai ke sudah tidak siap. Inilah dia pakatan lintang pukang. Jangan terjun ke lubang bersama sama pakatan pembangkang. Lintang pukang dan penuh tembelang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget