KL CHRONICLE: Exco Armada kecam Mukhriz #Bunga #Negaraku #Malaysia

Wednesday, June 14, 2017

Exco Armada kecam Mukhriz #Bunga #Negaraku #Malaysia


"Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya." 

Itu kecaman EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Mohamad Taufik Abas terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan. 


Baru minta Mukhriz isytihar harta terus dihadapkan ke Lembaga Disiplin

Ia susulan kenyataan Mukhriz yang mendakwa seorang lagi EXCO ARMADA, Muhammad Hafiz Azhar adalah individu yang ditanam oleh UMNO di dalam PPBM, berikutan tindakannya mendesak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan mengenai isu yang membelenggu mereka.

Mohamad Taufik berkata, tuduhan Mukhriz bukan saja tidak berasas, malah mengkhianati Muhammad Hafiz yang banyak berkorban terhadap PPBM, khususnya dalam menggerakkan jentera parti.

"Hakikatnya, Mukhriz sendiri yang melantik Muhammad Hafiz sebagai EXCO tanpa melalui apa-apa tapisan dan pemilihan seperti EXCO lain, tapi kenapa sekarang beliau pula tuduh UMNO salah. 

"Ini satu pengkhianatan dan penipuan besar. Muhammad Hafiz antara paling banyak berjasa sejak awal penubuhan parti, tapi sekarang semua hentam dia hingga ada pemimpin sanggup lemparkan kata kesat pada dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Muhammad Hafiz mendesak Dr Mahathir memperjelaskan mengenai tuduhan kekayaan dimiliki anak-anaknya yang diperoleh dalam masa singkat, manakala Muhyiddin pula mengenai tuduhan skandal dengan seorang wanita. Desakan itu disanggah Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM, manakala Mukhriz pula mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya UMNO. 

Mohamad Taufik berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Muhammad Hafiz, selain mempertikaikan cara Syed Saddiq menangani isu terbabit, khususnya apabila cuba mendakwa Muhammad Hafiz sebagai EXCO bermasalah. 

"Jasa Muhammad Hafiz lebih banyak daripada Syed Saddiq. Apabila ada masalah, tak mahu selesaikan, sebaliknya tuding jari pada pihak lain (UMNO)."

"Ramai EXCO sebenarnya tak setuju, tapi nak bersuara takut dituduh makan dedak sedangkan niat kami nak perbetulkan keadaan," katanya yang sanggup menerima apa saja hukuman, termasuk dibuang parti kerana mempertahankan Muhammad Hafiz.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292546?m=1

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget