KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD periksa 4,861 kenderaan sempena musim perayaan #Negaraku #Raya #Aidilfitri #Malaysia

Friday, June 30, 2017

#DemiRakyat SPAD periksa 4,861 kenderaan sempena musim perayaan #Negaraku #Raya #Aidilfitri #Malaysia


Sempena musim perayaan yang sedang berlangsung, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama agensi berkaitan sempena musim perayaan di seluruh negara sejak 12 Jun lalu mengesan 293 kesalahan membabitkan 4,861 kenderaan yang diperiksa.





Pencapaian ini merupakan satu perkara yang amat membanggakan kerana sehingga hari ini, jumlah kemalangan jalan raya didapati berkurangan dari tahun - tahun sebelumnya. Ini menunjukkan operasi SPAD membuahkan hasil yang memuaskan. 

Memetik kata - kata Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, operasi yang dilakukan oleh SPAD membabitkan pemeriksaan terhadap bas (3,445), teksi (932) dan lori (484).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, SPAD mendapati 154 kes membabitkan bas.

"Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.

Apa yang dilakukan oleh SPAD ini konsisten dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh pihak kami di #KLChronicle (Rujuk : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/06/tiadakompromi-spad-ambil-tindakan-tegas.html?m=1) dimana kami menulis bagaimana SPAD tidak akan berkompromi dengan operator syarikat pengangkutan yang melanggar undang - undang negara. 

Hasilnya kini dapat dilihat. Kepada mereka yang mengkritik SPAD konon nya "tidak buat kerja", nasihat kami kepada anda adalah supaya anda rajin membaca dan membuat rujukan di laman facebook rasmi SPAD.

Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di #KLChronicle, maaf zahir dan batin!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget