KL CHRONICLE: DAP & PKR Sudah Sah Tolak Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan

Thursday, June 8, 2017

DAP & PKR Sudah Sah Tolak Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan

Hendak jadi Perdana Menteri rupanya. Lain semua wayang sahaja
Sudah kali kedua Mahathir menyatakan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan ketiadaan calon.



Kali pertama pada 1 Jun 2017, dalam satu temubual dalam Facebook. Kemudian sekali lagi dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review di Jepun pada 6 Jun 2017. 

Kenapa sampai dua kali ulang? Maknanya Mahathir sungguh sungguh benar hendak jadi PM sekali lagi ni. 

Kena ulang banyak kali untuk pujuk dan rayu simpati dari DAP dan PKR.

DAP menerusi Guan Eng telah tolak hasrat Mahathir untuk jadi PM semula ini. Guan Eng menyatakan pada 6 Jun 207, dalam Malaysiakini bahawa Pakatan Harapan belum memutuskan lagi siapa jadi PM. 

Jelas sekali, Guan Eng merujuk pada pengumuman Mahathir yang mahu jadi PM sekali lagi. DAP yang ada banyak kerusi kini. DAP boleh pilih siapa mereka suka. 

Anwar pun telah tolak Mahathir. "Ia bukan keputusan Mahathir, ianya keputusan Pakatan Harapan. Seseorang tidak menawarkan diri (menjadi Perdana Menteri) begitu sahaja sebaliknya perlu ada kesepakatan" kata Anwar di Kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Jun 2017. 

Sudah sah, DAP dan PKR tidak mahu Mahathir lagi. DAP dan PKR hanya mahu pergunakan Mahathir untuk memancing undi sahaja pada PRU14. Mahathir adalah umpan untuk dapatkan undi Melayu bagi calon DAP dan PKR.

Esok pemimpin Pakatan Harapan akan bermesyuarat lagi. Sudah pasti topik siapa hendak jadi calon PM ini akan dibincangkan lagi. 

Atau mereka akan membincangkan apa sebenarnya peranan PPBM dalam PH. Masih relevankah parti satu kerusi itu dalam PH?

PPBM nampak kini semakin lemah. Ahli ramai keluar parti. Di Negeri Sembilan dan Perak, PPBM terus lumpuh. Pergaduhan dalaman tidak boleh disembunyikan lagi.

Krisis tidak dibaiki, tetapi Pengerusinya gila hendak jadi Perdana Menteri. 

Jadi apakah PPBM yang usianya baru 41 kali Jumaat ini masih lagi sekutu kuat kepada PH? Desakan kuat Mahathir untuk menjadi PM semula dan tidak bersetuju Anwar dipilih sebagai calon PM bagi PH boleh membuatkan PPBM disingkirkan dari PH. 

Biarpun sudah ditempelak oleh Anwar dan Guan Eng , Mahathir tetap dengan pendapat keras kepalanya. Egonya masih ada. 

Mahathir dalam wawancara di Jepun itu terlepas juga cakap “walaupun untuk sementara sahaja". Kenapa hendak jadi PM "untuk sementara sahaja"?.

Boleh jadi tujuannya adalah untuk dua perkara sahaja. Pertamanya, untuk "sign" meluluskan atau menyelesaikan hal kroninya yang cukup besar dan tersekat selama ini. 

Keduanya, Mahathir akan letak jawatan dan beri jawatan itu pada anaknya sendiri nanti. Dua perkara ini mungkin menjadi agenda besar Mahathir untuk menjadi PM "buat sementara sahaja".

Dua kali Mahathir menyebut mahu jadi PM kembali. Kenapa? Sebab mahu yakinkan kroni dan "funder" bahawa PPBM masih lagi ada harapan untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau "funder" lari dan tidak percaya lagi. Susahlah Mahathir. 

Dalam proses mahu menjatuhkan Najib Razak yang gagal dilakukan sejak Julai 2015, Mahathir dipercayai banyak menggunakan dana "funder" kroninya. Usaha ini masih gagal dan dengar kata ada "funder" yang sudah angkat bendera putih terhadap kempen ini. 

"Resources” untuk digunakan sudah “exhausted and limited”. Maka untuk memberi semangat dan harapan supaya "funder" terus memberi sumbangan terpaksalah menyatakan akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Cara umumkan jadi PM juga adalah untuk menunjuk kan dana diluar akan dapat dibawa pulang dan mereka yang telah membantu akan dapat digantikan semula. 

Itulah Mahathir. Tidak pernah jujur dan selalu membuat kenyataan bercanggah demi menjawab ikut waktu ditanya sahaja. Jawapan lain akan diberi pada waktu lain pula.

Biarlah jawapan itu bercanggah pun, tetapi ramai tidak sedar dan tidak peduli kerana sudah dikaburkan dengan pelbagai cerita buruk dan kebencian kepada pemerintah.

Maka kini “game of throne” telah menjadi “wide open”. Mahathir seolah olah tidak peduli lagi dengan Anwar dan Guan Eng. 

Apa tidaknya, bila yang dikejar itu bukan sedikit anak. Siapa pun Mahathir sudah tidak peduli lagi, kerana matlamatnya jelas iaitu mendapatkan “kuasa”.

Batu halangan Mahathir yang terbesar sekarang adalah Anwar. Mampukah Mahathir pujuk Anwar untuk tidak mahu menjadi PM? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget