KL CHRONICLE: Analisis: MCA fokus kepada rakyat, bukan "putar belit" macam pihak pembangkang #Negaraku #Malaysia

Thursday, June 8, 2017

Analisis: MCA fokus kepada rakyat, bukan "putar belit" macam pihak pembangkang #Negaraku #Malaysia

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai
Baru - baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan beliau di Pulau Pinang telah menegaskan bahawa MCA fokus dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini berbanding parti pembangkang yang sering mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki. Memetik kata - kata beliau:



"Kita tidak akan memutar belit isu-isu yang ada kerana kita tahu contohnya apabila kita dapat pinjaman daripada negara China, kita dapat sokongan dari segi 'belt and road' (Jalur dan Laluan). Pembangkang cuba menyatakan pelbagai impak negatif seperti kita akan dijajah oleh China, kita akan jual negara dan sebagainya. Ini semua fakta yang tidak betul"

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Presiden MCA ini adalah tepat. Ini kerana, jika dilihat sejak PRU - 2008, MCA telah secara konsisten berkhidmat kepada rakyat walaupun mereka tewas teruk pada 2008 (PRU - 12) dan 2013 (PRU - 13). Ini membuktkan MCA memang ikhlas berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan tidak mengamalkan politik yang tidak sihat seperti pihak pembangkang untuk meraih undi. 

Pertuduhan rasuah dibawah Akta SPRM dan kanun keseksaan terhadap Lim Guan Eng
Malah, jika dilihat di Pulau Pinang, parti yang merupakan pencabar MCA iaitu DAP kini terpalit dengan pelbagai skandal antaranya skandal rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.


Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Skandal Peel Avenue yang dijual tanpa tender terbuka oleh Lim Guan Eng
Kes - kes rasuah ini tidak pernah berlaku didalam MCA dimana sehingga hari ini Presiden MCA tidak pernah dipanggil untuk siasatan SPRM mahupun didakwa di mahkamah atas mana - mana kesalahan yang melanggar undang - undang negara. Ini sendirinya membuktikan Presiden MCA adalah seorang yang berintegriti tinggi jika dibandingkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lebih jijik lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang kini dipalit pula dengan skandal penjualan tanah rakyat di Peel Avenue secara "direct negotiation" sehingga menyebabkan kerajaan negeri rugi berpuluh juta ringgit akibat penjualan tanah dibawah harga pasaran. Dengan segala skandal yang melibatkan parti DAP ini, persoalanya sekarang adakah masyarakat Cina tetap ingin mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang?

Penurunan simpanan dan fixed deposit Penang Development Corporation milik kerajaan negeri. Mana pergi semua duit?
Kami berharap masyarakat Cina sedar bahawa jika mereka mengundi DAP mereka sebenarnya mengundi satu parti yang korup dan tidak berintegriti. Adakah ini yang kita mahu dimana negara ditadbir oleh mereka yang kaki rasuah dan tidak berakhlak? Sudah pastinya tidak. 

I am sure the Chinese community is better than this. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget