KL CHRONICLE: Analisis : MCA dan @weekasiongmp hancurkan kredibiliti @RafiziRamli #Negaraku #Malaysia

Sunday, June 4, 2017

Analisis : MCA dan @weekasiongmp hancurkan kredibiliti @RafiziRamli #Negaraku #Malaysia

Datuk Seri Wee Ka Siong bersama Puan Goh Siew Boey yang difitnah oleh Rafizi Ramli
Baru - baru ini Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli telah mengadakan satu sidang media dimana dalam sidang media tersebut konon nya beliau telah mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia membayar pihak pelobi di Amerika Syarikat untuk memastikan Malaysia mendapat akses kepada pemimpin AS dan mungkin juga Presiden Donald Trump. 



Sidang Media MCA bersama Puan Goh
Beberapa jam selepas sidang media itu diadakan, kerajaan Malaysia melalui Pejabat Perdana Menteri telah menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli termasuk hubungan kerajaan dengan satu syarikat iaitu Godfrey Group Limited yang dimiliki oleh Florence Goh.

Lebih mengejutkan lagi, sehari selepas fitnah jijik yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, satu sidang media telah diadakan dimana seorang wanita telah tampil bersama barisan kepimpinan MCA diketuai oleh Datuk Seri Dr.Wee Ka Siong dan menafikan segala tuduhan serta fitnah yang dikatakan oleh Rafizi Ramli.

Wanita ini yang bernama Goh Siew Boey mengatakan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan Godfrey Group Limited dan meminta pihak polis menyiasat Rafizi Ramli kerana telah memfitnah beliau. Kami di #KLChronicle telah mendapat satu salinan laporan polis berkenaan.

Senarai fitnah yang telah dilakukan oleh Rafizi Ramli
Apa yang berlaku didalam insiden ini iaitu penafian dari PMO serta Florence Goh Siew Boey ini membuktikan bahawa Rafizi Ramli merupakan seorang kaki fitnah bersiri yang dalam tempoh 1 - 2 bulan beliau akan muncul dengan satu "pendedahan" baru yang sebenarnya hanya merupakan satu penipuan untuk menutup isu serta kelemahan pihak pembangkang. 

Namun malangnya, kaki fitnah bersiri ini juga yang menjadi idola anak muda dan lebih mengejutkan adalah NGO Rafizi Ramli sendiri iaitu #INVOKE melalui kaji selidik mereka mengatakan bahawa Rafizi Ramli merupakan antara calon pemimpin pembangkang yang layak menjadi Perdana Menteri. 

Seriouly, adakah kita sebagai rakyat Malaysia sudah tidak ada lagi pemimpin lain yang boleh menjadi Perdana Menteri sehingga seorang kaki fitnah dan kaki penipu seperti Rafizi Ramli perlu diangkat ke jawatan nombor satu negara?

Kami di #KLChronicle berharap rakyat Malaysia mula buka mata dan minda dan lihat sendiri penipuan yang dibawa oleh pembangkang. Jangan kita tertipu dengan mereka sehingga satu hari nanti masa depan anak cucu kita digadai oleh pihak tidak bertanggungjawab ini. 

1 comment:

Unknown said...

Rafizi as early as 1st sememangnya tak layak jadi wakil rakyat. Kerana
Rafizi langsung jarang ke masjid pandan indah pun..
Dia hanyalah seorang levwl manager sahaja..
Naik kerana 'pendedahan' yg kabur dan tidak benar..
Rafizi hanya messenger kepada anwar ib.. scapegoat..
Info semua dr anwar ib punya informer kot..
Rafizi hanya akan menanggung semua kesilapan jika ada..
Berkorban utk anwar ib.. bayangkan kalau anwar ib yg buat pendedahan? Apa sudah jadi.. berapa kali..
Rafizi byk kali didapati bersalah kerana pendedahan yg sebenarnya tipu dan tiada maklumat yg tepat.. cuma teka teki pesepsi..
Wahai penyokong rafizi.. tgk lah sendiri..
Rafizi tak layak jafi pemimpin anda atau sesiapa..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget